Ning Baizura Guna Medium Lain Hidupkan Watak Marina

Penyanyi dan pelakon Ning Baizura yang menjayakan watak Datin Paduka Marina Mahathir dalam filem Mahathir: The Journey menggunakan medium berbeza untuk menghidupkan karakter terbabit.

Dedah Ning, usahanya untuk berhubung dengan Marina menemui jalan buntu dan dia menggunakan cara lain dalam membuat kajian terhadap watak terbabit.

“Sebenarnya, saya sudah berusaha untuk menghubunginya menerusi telefon dan medium laman sosial di Twitter, tetapi usaha saya menemui jalan buntu.

“Saya menggunakan medium lain untuk mengkaji watak Marina. Beliau seorang tokoh wanita yang mempunyai perwatakan menarik, jadi pada mulanya saya risau untuk melakonkan watak Marina.

“Menjalankan ‘kerja rumah’, saya banyak menonton video di laman YouTube untuk mengkaji personaliti dirinya. Beliau sangat hebat!

“Apa yang boleh saya katakan, dia seorang yang ringkas, tegas, mempunyai disiplin tinggi dan sangat positif dalam menjalankan tugasnya membantu orang lain,” kata Ning.

Ning ditemui usai menjalani babak penting di set penggambaran filem Mahathir: The Journey yang berlangsung di Hotel Sheraton Petaling Jaya baru-baru ini.

Hotel berkenaan menjadi lokasi bersejarah apabila Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama kepemimpinan tertinggi Pakatan Harapan mengadakan sedia media pada malam pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 10 Mei 2018.

Pada penghujung tahun lalu, Marina tampil bersuara di laman Twitter dan menyatakan bahawa dia dan anggota keluarga lain tidak tahu menahu mengenai filem Mahathir: The Journey.

Bagaimanapun, penerbit penyelaras Reliance Media Group yang mewakili produksi Mahathir: The Journey, Yusof Kelana berkata, projek filem itu akan tetap diteruskan.

Sebelum memulakan proses penggambaran, filem ini sudah mendapatkan kebenaran daripada Pejabat Perdana Menteri selepas skrip itu melalui proses rombakan sebanyak 12 kali.

Selain Ning, turut berlakon dalam filem arahan Profesor Dr Hatta Azad Khan ini ialah Azhar Amir (Tun Mahathir), Fauziah Latiff (Tun Dr Siti Hasmah), Afique Hussain (Mukhriz Mahathir), Hilal Azman (Anwar Ibrahim), Dian P Ramlee (Dr Wan Azizah Wan Ismail), Lisdawati (Nurul Izzah), Dazrin Kamarudin (Syed Saddiq) dan ramai lagi.

Filem ini dijangka ditayangkan pada Julai ini sempena ulang tahun kelahiran Dr Mahathir.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Ning Baizura Guna Medium Lain Hidupkan Watak Marina"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*