“Kalau M4ti..Sorang Tu Je Yang Tinggal”- Abam Ada Cakap Mengenai Kem4tian 2 Minggu Lalu Ketika Ditemu Bual Wartawan

“Nak jarak-jarakkan anak, sekali nak jarakkan tiga tahun, sebelum tiga tahun m4ti, seorang tu je lah yang tinggal, nasib baik anak kita lelaki”

Itu antara bait-bait yang keluar daripada mulut arw4h pelawak Abam Bochey ketika ditemu bual penulis kira-kira dua minggu lalu pada 29 Januari 2020.

Ketika itu Abam ditemui sewaktu menghadiri sidang media pelancaran Teater Korupsi Dewan Semandung di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Jawapan itu diberikan secara berseloroh ketika menjawab pertanyaan penulis apabila diajukan soalan mengenai perancangannya untuk menambah cahaya mata.

Bahkan itu sebenarnya bukan perkataan m4ti yang pertama keluar daripada mulut arw4h Abam.

Sebaliknya, ia merupakan kali kedua pelawak itu menyentuh soal m4ti ketika diajukan soalan dalam sesi interviu yang sama.

“Saya ‘rancang’ je setiap hari, kalau ada, ada lah, kita tak tahu sebab entah tiga empat tahun m4ti pulak, nanti seorang je anak,” katanya yang mengulang sebanyak dua kali perkataan m4ti.

Hari ini, penulis menyedari bahawa perkataan ‘m4ti’ yang keluar daripada mulutnya itu seolah-olah memberi petanda bahawa ‘hari’nya pada masa itu sudah hampir tiba.

Namun, siapa sangka, hanya selepas 12 hari, apa yang dituturkan arw4h Abam itu kini menjadi realiti.

Arwah Abam meninggalkan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah yang kini berusia lapan bulan selepas menghembuskan n4fas terakhirnya semalam.

Ia merupakan cahaya mata sulung hasil perkahwinannya bersama Siti Norhidayah pada Disember 2017.

Apapun, sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah buat arw4h Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd. Ridzuan.

Semoga r0hnya terus dicucuri rahmat.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Kalau M4ti..Sorang Tu Je Yang Tinggal”- Abam Ada Cakap Mengenai Kem4tian 2 Minggu Lalu Ketika Ditemu Bual Wartawan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*