“Terputus Sudah Di Antara Kita, Berbeza Sudah Dua Dunia…” – Lirik Video Lagu Nyanyian Abam Buat 1 Juta Pendengar Di YouTube Tersentuh

Pemergi4n Abam atau Allahy4rham Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, amat dirasai oleh semua.

Ternyata pelawak popular ini disenangi dan disayangi ramai. Buktinya jen4zah Allahyarh4m disolatkan lebih 720 jemaah di Masjid Zakaria, Gombak semalam.

Malah kawasan Tanah Perkuburan Sungai Pusu, Gombak juga dibanjiri 2000 orang yang datang memberi penghormatan terakhir kepada Allahy4rham.

Sebaik sahaja berita mengenai Abam meningg4l dunia disiarkan, media sosial dibanjiri ribuan ucapan takzi4h termasuk yang berkongsi tentang peribadi mulia dan kebaikan Allahy4rham.

Allahy4rham disifatkan sebagai seorang anak yang baik terhadap ibunya dan mementingkan kebajikan keluarga serta banyak pengorbanan dilakukan untuk memastikan kebahagian mereka.

Bersedekah, tidak berkira, baik hati dan sedaya upaya memenuhi permintaan sahabat yang memerlukan bantuan walaupun kecil antara sebab pemerg1an Allahy4rham menjadi kesan kepada semua.

Yang terbaru, lagu nyanyian Abam berjudul Sikasih telah ditonton 1 juta kali di laman sosial YouTube selepas pemerg1annya.

Lirik video yang dimuat naik pada 22 Februari 2019 itu menyentuh hati apabila di dalam bait liriknya tertulis sepotong ayat di bahagian korus yang boleh membuatkan air mata pendengarnya menitis.

 “Terputus sudah di antara kita, berbeza sudah dua dunia…” dikaitkan pendengar pada ruangan komen, tentang luahan Allahy4rham seperti sudah dirinya tahu akan ‘pergi’.

Allahyarham Abam meningg4l dunia di kediamannya di Gombak, kira-kira jam 7 pagi Isnin.

Pemerg1an Abam disedari isterinya ketika mahu mengejutkan suaminya untuk pergi bekerja.

Abam sempat solat subuh sebelum mengadu s4kit kepala dan tidur semula.

Kematian Abam dimaklumkan Ali kepada Gempak pagi semalam selepas dia mendapati arw4h tidak memberi sebarang tindak balas selepas dipanggil dan dikejut beberapa kali.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Gempak

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Terputus Sudah Di Antara Kita, Berbeza Sudah Dua Dunia…” – Lirik Video Lagu Nyanyian Abam Buat 1 Juta Pendengar Di YouTube Tersentuh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*