Sekeping foto bahagian tangan yang diambil dari katil wad oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi perhatian netizen.
Masakan tidak, figura popular itu baru sahaja membuat kemunculan khas di Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) pada Ahad sebagai menyokong Bob Yusof yang menyanyikan lagu nyanyian asalnya, Anta Permana di pentas berprestij itu.
Katanya, dia baru sahaja selesai menjalani pembed4han kecil di salah sebuah pus4t perub4tan.
“Alhamdulillah, semalam selesai persembahan di Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34), saya terus masuk w4d untuk menjalani pembed4han kecil pagi tadi. Syukur, semuanya berjalan lancar,” tulisnya.
Bagaimanapun memetik Berita Harian, Siti sebenarnya menjalani pemb3dahan tersebut sebagai persediaan untuk h4mil lagi.
Bintang berusia 41 tahun itu seperti yang dilapor menjelaskan, prosedur itu perlu dilakukan kerana dirinya akan menggunakan kaedah rawatan persenyawaan in-vitr0 (IVF).
Kaedah berkenaan turut dilakukannya untuk kandungan pertama.
“Pagi tadi (Isnin), Siti menjalani pembedahan kecil dan Alhamdulillah semuanya selamat. Prosedur ini perlu kerana Siti akan menggunakan kaedah rawatan kesuburan IVF, seperti yang pernah Siti lakukan sebelum ini.
“Siti harap semua pihak dapat doakan Siti supaya segera sembuh,” katanya seperti yang dipetik.
Dalam perkembangan lain, persembahan bersama Bob Yusof mendendangkan lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong itu berjaya mencipta sukses apabila diumumkan sebagai pemenang ketiga.
Foto : Instagram Siti Nurhaliza
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: MH
Be the first to comment on "“Prosedur Ini Perlu Kerana Siti Akan Menggunakan Kaedah Raw4tan Kesuburan IVF, Seperti…,” – Respon Tok Ti Perihal Foto Di w4d"