“Hey, Hey, Kmau Mazenahh Tinahhh” Elly Mazlein Jadi Minah Selamat Lagi Buat Ramai Tertawa!

Biarpun hampir sebulan drama Kampung People melabuhkan tirainya, namun watak dalam drama ini kekal dalam ingatan penonton. Manakan tidak setiap satu watak dalam drama ini memiliki karakter yang unik dari kebiasaan. Salah satu watak yang menjadi kegemaran ramai adalah Minah Selamat lakonan Elly Mazlein.

Terbaru, Elly Mazlein yang baru sahaja selesai majlis perkahwinannya bersama seorang guru kembali di Instagram dengan satu video.

Menerusi perkongsian video yang dikongsikannya melalui media sosial milik pelakon itu, kelihatan Elly Mazlein jadi Minah Selamat membuatkan ramai terhibur.

Antara penampilan Elly Mazlein ketika berlakon dalam Kampung People
Antara penampilan Elly Mazlein ketika berlakon dalam Kampung People

Kedengaran Minah Selamat bercakap dalam loghat Perak dengan menyatakan luahan mengenai seseorang, namun tidak dinyatakan dengan jelas tentang individu tersebut.

Menariknya di akhir video pendek itu, dia sempat bercakap dalam loghat Kelantan mengikuti suaminya yang berasal dari negari itu.

Berikut adalah video Elly Mazlein jadi Minah Selamat yang dikongsikannya semalam:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Heboran malam x berape menggu 🤣🤣🤣🤣🤣 Jgn tesembo maggi udoh 😂😂😂😜😜😜 . Hey hey kamu mazenahhhh tinahhhh . Klu nak tau Jom ke YouTube channel #duniaellymazlein skrg ya ❤️❤️❤️❤️ . Lpas tgk Jgn Lupa subscribe dan tekan 🔔notifications ya agitchuuuuuu pommmmm 😘😘😘😘😘

A post shared by ELSefhia (@iamellymazlein) on

Video tersebut telah meraih lebih 140 ribu tontonan dan 24 ribu likes.

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat pelakon ini dan meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Tengah pakai masker nih. Nyesai nengok video kome. Berkedut gelak”

“Comel je Kak Lina tak pakai apa2 kat muka”

“Hahahahha. Dio taktahu ko kito ni ado bako klate”

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: iamellymazlein

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Hey, Hey, Kmau Mazenahh Tinahhh” Elly Mazlein Jadi Minah Selamat Lagi Buat Ramai Tertawa!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*