Hamzah Mula Tercari-Cari Ayah, Focus Tengok Video Lama Arwah Abam

Diuji kehil4ngan orang tua pada usia yang sangat muda merupakan takdir yang sangat meny3dihkan bagi seseorang. Itulah situasi yang dilalui oleh anak lelaki tunggal Allahy4rham Abam Bocey iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey sejak Isnin lepas.

Di kala kanak-kanak lain sedang bergembira di samping ibu bapa masing-masing, si kecil tersebut masih belum mengerti sebarang perkara yang terjadi di sekelilingnya termasuklah hakikat bahawa bapa tercinta sudah pergi buat selamanya.

Anak dah mula tercari-cari ayahnya..

Memetik laporan Harian Metro, Ali Puteh mendedahkan bahawa kakak iparnya sudah tidak banyak bercakap susulan kehilangan pelawak itu sejak Isnin lagi.

Dalam pada itu, bayi berusia 8 bulan lebih itu pula bagaikan sudah menyedari ketiadaan Abam Bocey serta berasa hairan apabila kediaman mereka sering diziarahi ramai tetamu yang rata-ratanya terdiri daripada ahli keluarga, kenalan rapat dan peminat Allahyarham.

“Sudah hari keempat (semalam), kakak ipar lebih banyak berdiam manakala anaknya juga tak meragam. Dia sama macam Abam yang banyak diam. Cuma dia sudah mulai tercari-cari sebab sampai sekarang rumah sentiasa dipenuhi orang menziarah dari pagi sampai malam. Mungkin dia pun hairan kenapa setiap hari ada ramai orang di rumah.”

Fokus tengok video ayah

Sewaktu majlis tahlil, rata-rata tetamu juga sempat menghiburkan anak kecil tersebut. Antara yang paling mencuri tumpuan adalah gelagat Hamzah tatkala menonton video lama bapanya menerusi telefon pintar milik isteri Fad, iaitu Syaheera Rahman.

Jika diperhatikan betul-betul, matanya sangat fokus menonton rakaman itu sambil dibelai oleh wanita berkenaan.

Daddy & mommy jaga Hamzah ye..

Terdahulu, Fad tidak sempat untuk menyaksikan detik-detik terakhir pemergian Allahy4rham memandangkan keluarganya bercuti di Jepun.

Sekembalinya ke tanah air, pelawak berusia 29 tahun itu terus menyuarakan hasrat untuk menjaga anak tunggal rakan baiknya itu selain menganggapnya seperti zuriat sendiri.

Perkara itu juga disambut baik oleh isterinya yang sempat memuat naik beberapa posting di Insta Story sambil membahasakan diri sebagai Mommy.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber: ES

Sumber : Rimbara

 

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Hamzah Mula Tercari-Cari Ayah, Focus Tengok Video Lama Arwah Abam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*