Tak mahu terus bersedih, remaja ini capai pen, habiskan masa 2 jam tulis beribu kali ‘Abam’ sehingga terbentuk potret arw4h

TIDAK mahu berterusan menang1si pemerg1an Allahyarham Abam Bocey, seorang remaja mengubat kesed1han dengan menghasilkan potret pelawak itu.

Lebih bermakna, setiap lakaran pada sehelai kertas itu dibuat dengan menulis nama ‘Abam’ sehingga membentuk sebuah potret.

Video remaja itu melakarkan potret arw4h Abam menjadi tular di media sosial.

Remaja berkenaan, Abdul Azim Mohd Rozahar berkata, dia begitu meminati dan mengagumi Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan.

Teknik tulisan nama Abam pada lakaran potretnya.

Pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada tahun ini memberitahu dia amat terkejut dengan berita pemerg1an Abam.

“Saya lukis potret tu selepas menerima berita mengenai Abam Bocey meningg4l dunia pagi Isnin tu, memang terkejut bila dapat tahu.

“Saya dah lukis banyak potret tapi inilah potret pertama yang saya lakar menggunakan teknik perkataan,” katanya kepada mStar.

Pemergian Allahyarham Abam dianggap satu kehil4ngan besar dalam industri hiburan.

Abdul Azim yang berasal dari Segamat, Johor itu berkata, dia mengambil masa kira-kira dua jam untuk menghasilkan potret arw4h Abam.

“Bahagian muka tu yang paling sukar terutama pada rambut kerana lebih banyak lakaran hitam perlu dibuat seperti shading.

“Semakin banyak lakaran hitam, lebih banyak perkataan tu yang ditulis. Dianggarkan kira-kira 1,000 perkataan nama Abam dilakarkan membentuk potret arw4h,” katanya sambil menambah mula berminat dalam lukisan sejak tahun dua.

Antara lukisan yang dihasilkan Abdul Azim.

Anak kedua daripada tiga beradik itu merancang untuk berkongsi potret itu dengan teman seperjuangan arw4h Abam iaitu Achey dan Fad dari kumpulan Bocey.

“Jika diberi peluang, saya berhasrat untuk memberikan potret ini kepada Achey atau Fad, sebagai kenangan terhadap arw4h Abam. 

 

Jika diberi peluang, saya berhasrat untuk memberikan potret ini kepada Achey atau Fad, sebagai kenangan terhadap arw4h Abam.

ABDUL AZIM

“Bagi saya, Abam merupakan seorang pelawak yang mempunyai keistimewaannya tersendiri, setiap aksi dan lawaknya begitu menghiburkan,” katanya yang turut menyifatkan potret tersebut sebagai tanda penghormatan buat Allahy4rham Abam.

Allahy4rham Abam meningg4l dunia pada pagi Isnin di kediamannya di Gombak, selepas mengalami dem4m panas dua hari sebelum itu.

Abdul Azim sedih dengan pemerg1an Allahy4rham Abam.

Kira-kira 2,000 tetamu hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada allahy4rham yang dikebvmikan di Tanah Perkubvran Islam Jalan Sungai Pusu, Gombak, petang Isnin.

Arw4h meningg4lkan seorang isteri Norhidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffery yang kini berusia lima bulan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Tak mahu terus bersedih, remaja ini capai pen, habiskan masa 2 jam tulis beribu kali ‘Abam’ sehingga terbentuk potret arw4h"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*