Gaya ‘Tak Pak4i Seluar’ Izara Aishah Ketika Baby Shower Undang Res4h Netizen… “S3ksinyalah Hai… Contohi Ibu Mertuamu”

Sepertimana semua tahu semalam telah berlangsung majlis Baby Shower pelakon Izara Aishah yang bakal menimang anak perempuan pada April nanti.

Namun, netizen sebenarnya lebih tertumpu pada fesyen yang digayakan oleh Izara sempena majlis tersebut.

Tidak din4fikan seri ibu mengandung itu membuatkan Izara nampak lebih anggun dan mempesonakan namun hal yang mengundang rasa kurang selesa apabila Izara mengenakan pakaian terlalu s3ksi.

Pada majlis itu Izara mengenakan sehelai blaus dres berwarna putih yang dipadankan dengan dengan jaket berkotak pada bahagian luarnya.

Melengkapi gaya dengan rambut ponytail, Izara turut menyarung sepasang stileto berwarna keemasan.

Menjengah ruangan komen pada akaun Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza, rata-rata meluahkan rasa kes4l terhadap pakaian Izara pada majlis itu.

“S3ksinyalah hai… Yang lain sopan-sopan lagi. Aduhai. Contohilah ibu mertuamu ini, pakai labuh lagi cantik,” tulis pemilik akaun @miszaprilries.

“Mungkin bawaan baby, kadang-kadang ada orang mengandung tak selesa pakai panjang,” tulis @princess_cimungut.

“Sedih pula baca komen yang kata sebab pembawakan bayi, bayi suka sejuklah? Adakah ibu-ibu mengandung kena ikut semua rasa-rasa itu berbanding ikut perintah Allah,” soal @tyahhalim.

Namun, ada yang beranggapan positif bahawa tindakan menulis komen sedemikian sepatutnya dihantar terus kepada Izara tanpa perlu mem4lukan di hadapan khalayak.

“Saya rasa lebih manis kalau tegur dia secara personal, dia tengah hamil kalau dia baca komen-komen negatif macam ni apa perasaan dia?

“Apa yang ditegur itu dah betul tetapi saya rasa keadaan kurang sesuai, jangan menilai darripada pemakaian. Mana tahu masa akan datang dia lagi baik dari kita,” tulis @lilizlkifli.

Pun begitu, ada yang melihat komen secara publik boleh menyampaikan teguran dengan lebih jelas.

“Untuk kes macam ini baik nasihat secara terbuka sebab kalau tak, akan jadi ikutan orang lain. Tak semua kes bagus tegur secara DM,” tambah @arnr90.

Izara yang mendirikan rumah tangga bersama anak tiri Siti, Adib Khalid pada 2017 dijangka bersalin pada April nanti.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak! 

Sumber : GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Gaya ‘Tak Pak4i Seluar’ Izara Aishah Ketika Baby Shower Undang Res4h Netizen… “S3ksinyalah Hai… Contohi Ibu Mertuamu”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*