“Dari Dulu Sampai Sekarang Saya Hanya Ada Seorang Isteri ..” – Amar Asyraf

Pelakon Amar Asyraf menyatakan k0nflik yang membabitkan rumah tangga bersama isteri keduanya, Vivy Jefry langsung tidak menjejaskan perjalanan karier seninya.

Amar bagaimanapun memilih untuk mendiamkan diri daripada mengulas lebih lanjut demi menjaga hati sesetengah pihak. 

“Alhamdulillah saya okay sahaja malah menjalani kehidupan harian seperti biasa.

“Sebolehnya saya tidak mahu ulas lanjut sebab takut menyinggung hati orang lain. Jadi saya pilih untuk tidak lagi bercakap hal peribadi,” katanya kepada Gempak.

Amar telah ditemui ketika majlis tayangan perdana filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda di mmCineplexes, e-Curve, Damansara semalam

Dalam pada itu, pelakon drama Setia Hujung Ny4wa menegaskan setiap perkara yang dilakukannya tidak disembunyikan daripada isteri pertamanya, Arna Salleh.

“Isteri saya sejak dulu okay dan dia lebih tahu apa yang berlaku sejak dari awal lagi. Dari dulu sampai sekarang saya hanya ada seorang isteri.

“Isteri minta saya jangan kongsi apa-apa cerita sebabnya apa kebaikan kita buat tetap orang akan kata kita salah.

“Saya akui ada juga buat salah cuma saya rasa tak perlu nak ulas lanjut. Saya pun dah minta maaf dekat isteri, malah dia sendiri tahu apa yang saya buat sebelum ini,” katanya lagi.

Terdahulu Vivy mendedahkan sudah berkahwin dengan pelakon itu beberapa tahun lalu.

Rahsia perkahwinan mereka akhirnya terbongkar menerusi pendedahan wanita bernama Ellika Azman yang didakwa hamp9r berkahwin dengan Amar, namun rancangan itu gagal seleoas mengetahui pelakon berkenaan mempunyai seorang lagi isteri dan anak hasil perkahwinan kedua.

Pada 4 November tahun lalu, Vivy mendedahkan sudah dicer4ikan tal4k tiga dengan Amar.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Gempak

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Dari Dulu Sampai Sekarang Saya Hanya Ada Seorang Isteri ..” – Amar Asyraf"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*