Lapan tahun melayari bahtera perkahwinan, Yusry Abd Halim dan isteri, aktres Lisa Surihani bersyukur dikurniakan sepasang cahaya mata, Yahaira Leanne,5 tahun dan Yusof Leonne, 3 tahun.
Sekali gus, menjadikan Yusry gembira dengan kehidupannya kini yang bergelar suami dan bapa kepada dua orang anak.
“Siapa sangka. Kami berjumpa hampir 9 tahun yang lepas dan sudah mendirikan rumahtangga selama 8 tahun. Ini merupakan hubungan paling lama yang pernah saya lalui, but feels like the shortest. Its true when they say time flies when we…are truly happy.
“Thank you for being my everything syg @lisasurihani Selamat Hari Kita 8,” tulisnya.
Terdahulu, pasangan itu yang berkahwin pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan dua orang permata hati setakat ini.
Yusry terdahulu pernah berkahwin dengan Erra Fazira pada 2003, namun rumah tangga mereka hanya bertahan tiga tahun tanpa dikurniakan cahaya mata.
View this post on InstagramTahun ni raya ke4 baru sempat post gambar. Salam Aidil Fitri dari kami sekeluarga di Madinah
Foto : Instagram Yusry
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : MH
Be the first to comment on "Siapa Sangka! Selepas 8 Tahun Bersama Lisa Surihani, Yusry Luah Sesuatu"