Pelakon Nina Iskandar mendedahkan dia kini sudah kembali ke berat badan asal selepas melahirkan cahaya pertamanya, Muhammad Aaryan ar-Rizqin pada 23 Disember lalu.
Nina atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar berkata dia bersyukur kerana proses penurunan berat badannya dipermudahkan.
“Kalau nak nak tau, saya dah kembali ke berat sebelum h4mil. Mungkin tak sebanyak orang lain tapi Alhamdulilah saya bersyukur kerana masih ada progress.
“Masih panjang lagi. Proses ini masih diteruskan belum tamat lagi. Slowly but surely,” tulisnya.
Nina berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia berkongsi foto terkininya bersama bayi.
Untuk rekod, Nina telah mendirikan rumah tangga bersama penolong pengarah, Azlan Adzanan pada April lalu dan pasangan ini telah melangsungkan majlis resepsi pada 4 Ogos tahun lalu di Forest Valley, Cheras.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: GEMPAK
Be the first to comment on "“Saya Dah Kembali Ke Berat Badan Asal…”- Nina Iskandar"