Selepas Tan Sri Muhyiddin dari Johor diangkat PM ke 8, Ini Status TMJ

Selepas pengumuman sebagai Perdana Menteri Kelapan diketahui umum, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah bergegas sujud syukur diatas lantikan yang dibuat terhadapnya.

Kediamannya juga telah gamat dengan laungan โ€˜takbirโ€™ daripada para penyokong beliau.

๐—š๐—ฅ๐—”๐——๐—จ๐—”๐—ก ๐—จ๐—ก๐—œ๐—ฉ๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—œ๐—ง๐—œ ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—Ÿ ๐—ฃ๐—  ๐—ž๐—˜ ๐Ÿด ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”

๐˜›๐˜ฐ๐˜ฌ๐˜ฐ๐˜ฉ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ช๐˜ณ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜จ๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ด๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜จ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ถ๐˜ด ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ต๐˜ข๐˜ฑ๐˜ช ๐˜ต๐˜ช๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ญ๐˜ช๐˜ฉ๐˜ข๐˜ต ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ญ๐˜ถ๐˜ช ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ธ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฑ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข. ๐˜’๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ซ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ด๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ต๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ช๐˜ข๐˜ถ ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ต๐˜ช ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜จ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ณ ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ต๐˜ช๐˜ข๐˜ฑ ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ด๐˜ช๐˜ญ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ต๐˜ถ๐˜ด๐˜ข๐˜ฏ ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ข๐˜ญ๐˜ช๐˜ด๐˜ข๐˜ด๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ.

Kenaliย  Perdana Menteri ke 8 kita:

๐—ก๐—ฎ๐—บ๐—ฎ: Tan Sri Datoโ€™ Haji Muhyidin bin Haji Mohammad Yassin

๐—Ÿ๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—ฟ: 15 Mei 1947

๐—”๐˜€๐—ฎ๐—น: Muar, Johor

๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐˜„๐—ฎ๐—น: Sekolah Kebangsaan Maharani dan Sekolah Kebangsaan Ismail serta Sekolah Tinggi Muar di Muar.

๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ถ: Universiti Malaya dan berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu (1971).

Seorang pemimpin yang mudah didekati kerana gaya kesederhanaannya. Beliau seorang pemimpin yang berfikiran kreatif dan amat tajam pemikirannya.

Tokoh pemikir dalam golongan pelaksana yang genius tetapi tidak terlihat melalui perwatakan dan sikapnya. Kebijaksanaan dan kepintaran beliau terbukti dan tergambar pada setiap hasil keputusan yang telah direalisasikan.

Beliau merupakan aset negara yang tidak ternilai. Pemikir berkualiti tinggi seperti Tan Sri Datoโ€™ Hj Muhyiddin hanya seorang dalam seribu.

Keluar bertemu media

Seusai memanjatkan kesyukuran kepada Maha Pencipta, Tan Sri Muhyiddin telah keluar bersama ahli keluarganya dihalaman rumah bagi bertemu media dan menjawab beberapa soalan yang diajukan.

 

Beliau bersama isteri, anak serta cucunya terlihat melambai kepada media. Mereka juga tersenyum manis kepada lensa yang merakam wajah kegembiraan apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin bergelar PM kelapan negara sebentar tadi.

Berikut pula status dari TMJ selepas pengumuman Tan Sri Muhyiddin Yassin bergelar PM kelapan.

Rata-raat netizen sangat gembira dengan pengumuma ini kerana ia berjaya menamaatkan kemelut yang sedang melanda politik tanah air sejak dari ahad

โ€˜Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillahโ€ฆโ€™ โ€“ Azmin

โ€œALHAMDULILLAH, Alhamdulillah, Alhamdulillah.โ€ Itu ucapan ringkas bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika diminta mengulas mengenai pelantikan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Mohamed Azmin dilihat tersenyum keluar dari kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 5 petang hari ini.

Selain Mohamed Azmin, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin berkata, usaha mereka akhirnya membuahkan hasil.

โ€œAlhamdulillah. Kerja keras kita selama seminggu berjaya angkat Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri,โ€ katanya.

Kita pikul bersama โ€“ Ucapan Muhyiddin

โ€œSAYA ucapkan terima kasih (atas sokongan) dan ini satu b3ban tanggungjawab yang besar, yang harus kita pikul dan saya bersama-sama pikul (untuk melaksanakan tanggungjawab).โ€

Demikian kata-kata Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riโ€™ayatudin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk melantik beliau sebagai Perdana Menteri kelapan.

Menerusi satu kiriman video berdurasi satu minit 36 saat, Muhyiddin berkata, ini adalah suatu detik bersejarah dan ia terhasil daripada sokongan parti di dalam Perikatan Nasional.

Dalam video berkenaan, beliau berucap disaksikan beberapa pemimpin di dalam Perikatan Nasional antaranya Datuk Seri Azmin Ali, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, Datuk Saifuddin Abdullah, Tan Sri Annuar Musa dan beberapa pemimpin lain.

โ€œPastinya ini adalah detik bersejarahโ€ฆ Saya kira tidak lain tidak bukan adalah sokongan semua Ahli Berhormat Parlimen khususnya parti-parti dalam Perikatan Nasional terdiri daripada PPBM (Parti Pertubuhan Bersatu Malaysia), BN (Barisan Nasional), PAS, GPS (Gabungan Parti Sarawak) dan beberapa rakan bebas lain yang membantu memberikan sokongan padu.

โ€œKita mendapat jumlah bilangan yang cukup dan mengikut Fasal 42 Perlembagaan Malaysia (Persekutuan), Ke Bawah Duli Yang di-Pertuan Agong yakin apa yang diputuskan itu.. Saya mendapat majoriti yang besar dalam kalangan Ahli Dewan Rakyat,โ€ katanya.

Beliau pada masa sama menzahirkan terima kasih kepada kepimpinan dan semua Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional yang memberikan sokongan kepadanya.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MUSANGVIRAL

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Selepas Tan Sri Muhyiddin dari Johor diangkat PM ke 8, Ini Status TMJ"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*