Penyampai radio Mix FM, Aishah Sinclair melahirkan rasa bangga melihat ketabahan balu abangnya, Bunga Citra Lestari (BCL) dalam meneruskan kehidupan.
Kata Aishah, walaupun BCL masih berdvka dia tetap meneruskan kerjaya seninya seperti biasa.
“Kata-kata tidak dapat menggambarkan betapa saya bangga dengan kakak ipar saya @bclsinclair
“Melalui air mata dan hati berkec4i dia tetap meneruskan, melakukan apa yang dia mahu lakukan.
“Orang selalu mengatakan kehidupan mesti diteruskan, awak mesti kembali bekerja, lakukan rutin harian, tetapi itu adalah salah satu perkara yang paling sukar dilakukan.
“Awak mengambil satu langkah pada satu masa. Ini adalah langkah besar untuk awak Unge.
“Insya-Allah hatimu akan sembvh dalam satu masa, dan awak boleh melihat kembali saat ini dan tersenyum. Saya sangat mencintaimu,” tulisnya di Instagram (IG).
Pada Jumaat malam, BCL tampil membuat kemunculan pertamanya menghiburkan peminat di Friday Fushion di SQ Quarter Dome, Cilandak, Jakarta Selatan.
Terdahulu, Ashraf telah dilaporkan meningg4l dunia akibat ser4ngan jantvng kira-kira pukul 4.00 pagi (waktu tempatan) pada 18 Februari.
Allahyarhm telah dikebumikan di kompleks pemakaman San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia.
Allahyrham meninggalkan seorang balu, BCL dan anak lelaki bernama Noah berusia 10 tahun.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: GEMPAK
Be the first to comment on "“Kata-Kata Tidak Dapat Menggambarkan Betapa Saya Bangga Dengan Kakak Ipar ..” – Aishah Sinclair"