[Video] Bijaknya dia! tahu ayah mahu pulang, Aafiyah sibuk kemaskan bilik dia

Gelagat Siti Aafiyah iaitu anak kepada penyanyi nombor satu Malaysia, Dato Siti Nurhaliza sering mencuri tumpuan ramai setiap kali Siti Nurhaliza atau mesra dengan panggilan Tokti berkongsi video telatah bijak Aafiyah di laman Instagram miliknya. Walaupun usia Aafiyah baru menjangkau dua tahun, telatah Aafiyah ternyata membuktikan betapa cerdiknya anak kecil ini.

Buktinya, Aafiyah sudah pandai mengemas pakaiannya sendiri tanpa bantuan ibu dan ayahnya. Biarpun Aafiyah berusia dua tahun, kelakuannya begitu matang daripada usianya. Perilaku Aafiyah juga seolah-olah menunjukkan dia bakal bergelar seorang kakak tidak lama lagi.

Beberapa video telah dikongsi oleh Tokti menerusi Instagramnya baru-baru ini sehingga membuatkan ramai netizen terhibur dan teruja melihat perkembangan Aafiyah yang semakin membesar dengan sihat. Malah, Aafiyah juga cukup bijak dan petah bercakap hasil didikan ibu ayahnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ibu ayah nak balik dah.. Aafiyah dok sibuk kemas bilik dia nanti ayah buat checkup plak.. ok bagus anak ibu ni..

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Rata-rata peminat Tokti sentiasa mengikuti perkembangan Aafiyah dari usia satu hari sehingga kini berusia dua tahun. Peminat-peminat Tokti juga sering mendoakan yang terbaik buat anak kepada penyanyi kesayangan ramai ini.

“Good girl Aafiyah”- Netizen

“Alaa Aafiyah, pandainya. Harap anak acik besar pandai macam Aafiyah sebab nama sama”- Netizen

Sementara itu, video gelagat Aafiyah telah ditonton dan disukai hampir 60,000 orang. Kebanyakan netizen memenuhi ruangan komen dan turut kelihatan, komen daripada penyanyi veteran Indonesia, Hetty Koes Endang yang kelihatan teruja melihat gelagat bijak Aafiyah tersebut.

Dalam perkembangan lain, Tokti telah melakukan pembdahan ringan bagi raw4tan IVF baru-baru ini dalam usaha untuk menambah seorang lagi cahaya mata dan Tokti juga meminta peminat-peminatnya agar mendoakan yang terbaik buat dirinya. Aafiyah pun nampaknya dah ready nak jadi kakak yaa…

Bijak betul Aafiyah, kecil-kecil dah pandai kemas baju sendiri ya, mesti takut ayah dia sp0tcheck bilik hehehe. Gaya pun dah nampak macam nak jadi kakak tak lama lagi ni.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: IG CTDK via vaniladaily

Apa komen anda?

Be the first to comment on "[Video] Bijaknya dia! tahu ayah mahu pulang, Aafiyah sibuk kemaskan bilik dia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*