“Selamat datang… Wan Aleesa Sofea…”- Isteri Wan Dazrin selamat bers4lin

Pendakwah bebas, Wan Dazrin menerusi laman sosial Instagram miliknya sebentar tadi ada berkongsikan satu berita gembira.

Menurutnya, isteri yang dikahwini Wan Dazrin iaitu Syahirah Mohd Zamzari pada tahun 2018 ini telah selamat bers4lin anak sulung mereka pada 27 Februari lalu.

Isteri Wan Dazrin selamat bers4lin anak perempuan

Genap 7 hari kelahiran anak mereka, Wan Dazrin berkongsikan mengenai hal itu kepada pengikutnya di laman sosial dimana dia selamat menimang cahaya mata perempuan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalammu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Bismillah. Mengucapkan ‘Selamat datang duhai anak perempuanku, Wan Aleesa Sofea Bt Wan Dazrin.’ Biarlah post yang istimewa ini di upload pada hari yang sesuai. Hari ini adalah hari yang ke-7 selepas hari kelahirannya pada 27-2-2020 yang lepas. Memang menantikan hari ini untuk buat pengumuman pada semua. Terima kasih atas ucapan tahniah & doa yang tidak putus2 hingga ke hari ini. Saya & @syahirah_zamzari mengucapkan terima kasih tidak terhingga atas keprihatinan & rasa kebersamaan semua dari awal hingga kini. Sesungguhnya kami bersyukur kerana Allah swt telah mempermudahkan semua, tidak pun kesulitan yang hadir menjadi keluhan bahkan hanya senyuman syukur yang mengiringi kedatangannya selalu. Alhamdulillah. Dengan berkat nama yang diberi dan dipersetujui ramai asatizah yang telah kami rujuk, kami berharap nama tersebut dapat membawa suatu ‘izzah dalam bi’ah solehah binaan kami berdua. Kami dengan penuh rendah diri berharap agar kami dapat menjadi ayah & ibu yang terdidik dan mendidik sebaiknya di atas dunia ini utknya. Bukan mudah untuk membesarkan seorang anak, baik lelaki mahupun perempuan pada zaman ini. Moga dengan berkat nama tersebut, anak perempuan kami selalu berada dalam lindungan Allah swt, dan akan senantiasa menjadi orang yang bersih dalam dan luar hatinya. Membawa kejujuran walau ke mana dia pergi dan berada, agar disenangi dan disayangi semua selalu. آمين

A post shared by Da’i Wan (Official) (@wandazrin) on

Pasangan ini juga telah memberi nama buat anaknya, Wan Aleesa Sofea bt Wan Dazrin dan ujarnya dia mahu memuat naik posting istimewa itu di hari yang sesuai.

“Selamat datang duhai anak perempuanku, Wan Aleesa Sofea bt Wan Dazrin. Biarlah post yang istimewa ini di upload pada hari yang sesuai. Hari ini adalah hari yang ke-7 selepas hari kelahirannya pada 27.2.2020 yang lepas.

“Memang menantikan hari ini untuk buat pengumuman pada semua. Terima kasih atas ucapan tahniah & doa yang tidak putus-putus hingga ke hari ini.”

Dalam pada itu, Wan Dazrin turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan ramai. Disamping, dia turut bersyukur dan mengharapkan dia dan isteri dapat menjadi ayah dan ibu terbaik buat anaknya itu.

Wan Dazrin menerusi posting juga berkongsi sekeping foto mendukung anaknya dan ternyata perkara berkenaan membuatkan rata-rata netizen tumpang bahagia selain turut mendoakan keluarga ini.

81232977_210642773301384_7254068722932710687_n

Sumber: Wan Dazrin

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: HCL

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Selamat datang… Wan Aleesa Sofea…”- Isteri Wan Dazrin selamat bers4lin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*