Bagi Hadiah Kat Pelajar Ambil Slip SPM Pakai Baju Shell, Ini Kisah ‘Big Boss Shell’ Yang Ramai Tidak Tahu

Semalam tular ‘big boss’ Shell Malaysia yang dilaporkan turun padang bagi bertemu sendiri dengan pelajar yang dirakam memakai baju Shell ketika hadir mengambil keputusan SPM baru-baru ini.

Mungkin ramai yang masih tidak tahu ‘big boss’ Shell atau nama sebenarnya Shairan Huzani Husain itu adalah merupakan Pengarah Urusan Shell Malaysia sejak daripada 2016.

Mengapa TRIA Seputeh Adalah Hartanah Terbaik Untuk Anda Bagi Jangka Masa Panjang

Dalam satu perkongsian Careta.my walaupun baru menjawat jawatan tinggi itu lima tahun yang lalu, dia bagaimanapun sudah bekerja dengan Shell sejak tahun 1993 lagi.

Bermula daripada bekerja bersama Shell Chemical, yang menghasilkan produk ubat nyamuk Shelltox ketika itu sehinggalah beliau dihantar oleh pihak syarikat ke India untuk meluaskan empayar perniagaan mereka.

Royal Dutch Shell- syarikat induk Shell ketika itu menugaskan beliau untuk ke India bagi memulakan perniagaan Shell di negara itu.

“Pejabat pertama Royal Dutch Shell di India ialah sebuah bilik kecil di hotel Taj West End. Saya membeli empat kerusi, satu mesin faks dan meja yang saya pinjam dari hotel.”

“Dan itulah permulaan Shell di India. Sehingga kini, nama di dalam lesen perniagaan Shell di India masih mempunyai nama saya!”

Menurut beliau, sepanjang empat tahun berada di sana, mereka telah berjaya membuka sehingga 30 stesen minyak di negara itu sebelum memutuskan untuk pulang ke tanah air.

Kerana kejayaannya mengemudi Shell di India itu, dia kemudiannya ditugaskan pula untuk menjaga rangkaian stesen minyak syarikat itu di serata dunia.

“Walaupun saya ditempatkan di Malaysia, saya perlu terbang ke serata dunia untuk tugas itu.”

Shairan dalam temu bual tersebut bagaimanapun menjelaskan dia juga pernah bekerja di beberapa bahagaian seperti Corporate Finance, Forex Trading dan bahagian upstream di Miri sebelum diletakkan di bahagian retail dan berlepas ke India.

Walaupun sudah memegang pelbagai jawatan namun dia menjelaskan bidang retail telah berjaya menarik minatnya selepas pertama kali ditugaskan menjaga stesen minyak Shell di Glenmarie.

“Saya pernah mencuci tandas di stesen tersebut pun,” kongsinya.

Dalam temu bual itu juga, Shairan turut mendedahkan mungkin apa yang menjadi jawapan kepada kenapa dia sendiri yang turun padang untuk bersama-sama dengan pekerjanya yang baru sahaja mendapat keputusan SPM.

Menurut beliau, Shell amat mementingkan kemajuan kerjaya untuk pekerja-pekerja mereka.

“Kami memanggil mereka sebagai site-heroes,” terang Shairan.

Jadi tidak hairanlah jika beliau sendiri yang turun padang untuk bertemu dengan pekerjanya yang baru sahaja mengambil keputusan SPM baru-baru ini dan turut memberikan hadiah dan dorongan buat mereka.

Baca perkongsian kami sebelum ini mengenai kisah ‘big boss Shell’ ini turun padang bertemu dengan adik ini yang memakai baju Shell ketika mengambil keputusan SPM baru-baru ini.

Ambil Slip SPM Pakai Baju Shell, Sekali Kena Panggil Dengan ‘Bos Besar’ Shell Malaysia bagi hadiah

Pelbagai reaksi dan gelagat para pelajar dapat dilihat sebaik keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia yang keluar semalam.

Sudah menjadi kebiasaan, yang mendapat keputusan cemerlang akan bersorang riang. Manakala yang tidak cemerlang atau mendapat keputusan tidak seperti diharapkan pastinya akan bermuram kesedihan.

Saat hadir ke sekolah bagi mengambil keputusan juga menjadi tempat bagi pelajar berkumpul semula selepas beberapa bulan tidak bertemu sesama mereka.

Ada yang mengambil peluang untuk bekerja sambil menunggu keputusan.

Menariknya semalam, seorang pelajar datang mengambil keputusan dengan memakai baju pekerja ‘Shell’ dan tular di media sosiaI.

Menerusi satu video yang tular semalam menunjukkan Amirfufu (nama Twitter) tampil ke atas pentas dengan sorakan daripada rakan-rakan kerana mendapat keputusan yang bagus.

Vdeo tersebut lantas menjadi tumpuan warganet yang bukan sahaja memuji Amir kerana mendapat keputusan bagus (5A), tetapi kerana tidak segan untuk memakai baju ‘Shell’ yang sinonim dengan pekerja stesen minyak tersebut.

 

Selang sehari selepas vdeo tersebut tular, Pengarah Urusan Shell Malaysia, Shairan Huzani Hussain telang berjumpa dengan Amir untuk memberi kejutan.

Katanya lagi, majikannya turut mengundang kedatangan kedua-dua ibu bapanya pada hari ini untuk bertemu bersama-sama.

Bukan itu sahaja, pelajar cemerlang ini turut berpeluang mengetahui tentang pengajian berkaitan Shell untuk kumpulan kedua yang dihantar oleh majikannya itu.

Tambahnya lagi semasa dihubungi, tempoh pengajian itu mengambil masa sehingga 3 tahun.

Turut tidak lepas peluang, Shairan Huzani Hussain juga turut mengucapkan tahniah kepada pekerjanya yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2019.

” Pagi ni pergi jumpa adik Amir. dia femes semalam amik spm results pakai baju shell. Dia nak buat accountancy dan pakcik harap dia terus berusaha dan lebih berjaya.

” 6 heroes Pakcikshell kat stesen ni kebetulan spm batch sama. alhamdulillah semuanya results chomel. We are proudly run by dedicated Malaysians for our beloved Malaysians.” luah Shairan.

Sementara itu di Twitter semalam, gelagat mencuit hati Amir yang naik ke pentas untuk mengambil keputusan SPM miliknya dengan hanya memakai baju kerja telah mendapat sorakan rakan-rakannya.

Difahamkan ketika menunggu keputusan SPM keluar, remaja ini dikatakan melakukan bekerja sambilan disalah sebuah stesen pam minyak.

Tanpa disangka-sangka, namanya telah dipanggil untuk naik ke pentas kerana berjaya meraih keputusan 5A dalam SPM 2019.

Amir juga turut dilihat memuat video dirinya naik ke atas pentas untuk menerima slip keputusan SPM miliknya, yang sehingga kini telah meraih lebih 98,500 ribu tontonan di laman Twitter.

Sementara itu, di Pasir Puteh kisah kejayaan pelajar ini mendapat keputusan SPM yang cemerlang walaupun sedang menjaga ibu yang sak1it menjadi tular di media sosial

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MUSANG VIRAL

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Bagi Hadiah Kat Pelajar Ambil Slip SPM Pakai Baju Shell, Ini Kisah ‘Big Boss Shell’ Yang Ramai Tidak Tahu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*