Siapa saja yang tidak mengenali dengan pelakon jelita, Emma Maembong. Namanya juga tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air dengan lakonannya yang sering menerima pujian netizen.
Februari lalu pula, Emma Maembong selamat menamatkan zaman bujang dengan lelaki pilihannya pada 20.02.2020 yang dikenali sebagai Muhammad Shazli.
Sah bergelar suami dan isteri pada 20.02.2020
Memilih tarikh berikut juga, Emma Maembong mengadakan majlis pernikahannya di Bukit Damansara secara tertutup dimana telah dihadiri rakan-rakan dan keluarga terdekat mereka.
Terbaru pula, Emma Maembong telah mengadakan majlis resepsinya dan ternyata sejak kebelakangan ini ianya menarik perhatian ramai apabila dia mengenakan busana sangat cantik daripada pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.
Berikut antara yang dikongsikan Emma Maembong menerusi laman Instagram miliknya yang turut meraih perhatian peminat dan pengikut sehingga postingnya rata-rata mendapat ribuan tanda suka.
Dalam pada yang sama juga, lima keping foto dikongsikan Emma Maembong dimana dia tersenyum manis dengan mengayakan busana pengantinnya mendapat pelbagai pujian netizen.
Dapat diperhatikan, Emma Maembong dengan pelbagai gayanya dengan mengenakan busana serba putih ini membuatkan pelakon jelita ini juga bertambah jelita di majlis resepsinya.
Foto Emma Maembong terima pujian ramai
Majlis yang berlangsung pada 7 Mac lalu ini turut menjadi perhatian peminat dan pengikutnya apabila Emma Maembong berkongsikan moment bahagianya itu dilaman sosial.
Reaksi netizen
Sumber: Emma Maembong
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber:HCL
Be the first to comment on "“Cantiknya bidadari…”- 5 keping foto Emma Maembong digelar ‘barbie’"