“Eh Macam Pelak0n Paling P0pularlah” Kekasih K0ngsi F0to Se0rang Wanita, Mira Filzah Dikatakan Berslkap Terbuka S0al Percintaan

Jejaka yang dikatakan telah mencuri hati Mira Filzah, Wan Emir Astar telah menjadi perhatian netizen apabila memuat naik sekeping foto yang dikatakan milik aktres drama Lelaki Kiriman Tuhan itu.

Emir yang merupakan anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid berkongsi sebuah coretan petikan yang ditujukan khas kepada semua wanita di dunia ini.

“Wanita. Di depan mahupun di belakang tabir, dalam apa jua situasi, suatu cahaya yang berkilauan, terus bergemerlapan menerangi naluri.

“Di sebalik senyuman dan air mata, adanya kasih dan nadi kekuatan, sentiasa memberi dan tidak tahu erti henti.

“Ciptaan-Nya yang tak terganti luar biasanya. Selamat Hari Wanita Sedunia,” tulisnya.

Walaupun foto berkenaan tidak jelas, namun rata-rata pengikut Emir yakin lantas ‘memetik’ nama Mira di ruangan komen itu.

“Walau di sebalik tabir, tetap dikenali dari bentuk bayang-bayangnya.

“Tengok style tudung pun dah kenal siapa.

“Cakap je la Mira Filzah.

“Waa dua-dua orang dah mula dedahkan si dia masing-masing ni.. Semoga berjodohan.

“Eh macam pelakon paling popularlah.

“Bidadari Kiriman Tuhan @mfmirafilzah,” antara komen-komen peminat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Wanita. Di depan mahupun di belakang tabir, dalam apa jua situasi, suatu cahaya yang berkilauan, terus bergemerlapan menerangi naluri. Di sebalik senyuman dan air mata, adanya kasih dan nadi kekuatan, sentiasa memberi dan tidak tahu erti henti. Ciptaan-Nya yang tak terganti luar biasanya. Selamat Hari Wanita Sedunia✨ #internationalwomensday

A post shared by Wan Emir Astar (@wanemirastar) on

Menerusi pemerhatian Gempak, Mira turut meninggalkan tanda suka di foto tersebut.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman sering kelihatan meninggalkan komen di ruangan foto Emir yang dimuat naik kepada umum.

Terdahulu, Mira mengakui sedang berkawan dan mengenali hati budi seorang lelaki yang bukan dalam kalangan penggiat industri hiburan.

Mira bagaimanapun masih tetap dengan pendiriannya mengvnci mulut daripada mengulas mengenai id3ntiti kekasihnya.

Imbas semula lakonan Mira Filzah dalam drama Lelaki Kiriman Tuhan dan Sweet Dreams di telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: gempak

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Eh Macam Pelak0n Paling P0pularlah” Kekasih K0ngsi F0to Se0rang Wanita, Mira Filzah Dikatakan Berslkap Terbuka S0al Percintaan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*