Hamdee penyeri hidup Hafiz Hamidun- kongsi kegembiraan dalam hidupnya

KUALA LUMPUR: Sudah lama teringin mengasuh anak, penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun berkongsi kegembiraan kehadiran Hamdee Hafiz dalam hidupnya.

Melalui entri Instagram (IG), Hafiz menunjukkan anak angkatnya yang berusia sebulan.

“Saya tiada perancangan khusus mengambil ambil anak angkat sekalipun sudah lama hasrat itu bermain dalam fikiran.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Assalamualaikum. Moga amanah dari Allah ini dapat saya dan keluarga jaga dengan penuh kasih sayang dan membesar menjadi insan yang soleh dan berakhlak sempurna. @hamdeehafiz ❤️

A post shared by Hafiz Hamidun (@hafizhamidun) on

“Namun, segala-galanya dipermudahkan ketika ini,” katanya kepada BH Online.

Penyanyi Zikir Terapi ini memberitahu, dia seperti insan lain, mahu menikmati keindahan hidup berkeluarga.

“Cuma buat masa ini, masih terlalu awal untuk saya bercerita lanjut dan berkongsi foto Hamdee dengan lebih jelas,” katanya.

Tambah Hafiz, kehadiran anak angkatnya itu bukan kerana mahu mencipta gimik atau sens4si, sebaliknya naluri kebapaan dan hatinya yang tulus mengasuh bayi berkenaan.

“Tiada maksud tersirat atau apa-apa gimik mempromosikan sesuatu perkara. Saya hanya mahu berkongsi kegembiraan dan rasa teruja,” katanya yang mengaktifkan akaun IG Hamdee di bawah nama @hamdeehafiz.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : BH Online

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Hamdee penyeri hidup Hafiz Hamidun- kongsi kegembiraan dalam hidupnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*