“Lambat Hitam Anugerah Tuhan” Tak Tahu Pasal Sunblock, Ayda Jebat Dibldas Netizen

Tinggal di negara tropikal seperti Malaysia di mana cuaca sepanjang tahun melebihi 18 °C, kita tidak mampu untuk keluar rumah tanpa memakai krim sunblock atau sunscreen.

Salah satu peranan penting sunblock adalah untuk melindungi kulit dari sinaran ultraviolet sama ada sinaran UVA atau UVB.

Sinaran UVA biasanya dikaitkan dengan tanda-tanda penuaan kulit yang menghasilkan garis-garis halus, kedutan, dan bintik-bintik hitam.

Ia juga mempunyai keupayaan untuk menembusi kaca, bermakna kulit kita tetap terdedah semasa memandu atau duduk di hadapan tingkap dengan langsir terbuka.

Sinaran UVB pula menyebabkan kulit terbakar atau sunburn, dan walaupun UVB tidak dapat melepasi halangan gelas, kedua-dua UVA dan UVB adalah karsinogen atau penyebab kanser.

Oleh itu sunblock adalah salah satu keperluan penting pada zaman kini di mana lapisan ozon tidak lagi dapat melindungi kulit kita dari sinaran matahari yang berbahaya.

Namun pelakon molek, Ayda Jebat telah mendedahkan baru-baru ini bahawa dia tidak pernah sekali pun memakai sunblock.

Duta produk kecantikan Aura White itu membuat kenyataan tersebut untuk mempromosikan produknya di rancangan membeli-belah Wow Shop.

Menurut gadis putih melepak itu, dia tidak pernah sekali pun memakai sunblock walaupun ketika pergi ke pantai kerana kulitnya yang lambat hitam, dipercayai kerana telah lama mengambil produk Aura White.

Rata-rata netizen tepuk dahi mendengar komennya itu yang seolah-olah tidak mengetahui tentang bahaya sinaran matahari.

“Mungkin aurawhite dia tak block UV matahari tapi block keupayaan untuk berfikir…”

“What a joke…”

“Kulit hitam lebih sihat, kau putih lagilah perlukan sunblock…

“Exaggerates nya lah nak promote product…”

“sunblock tu bukan untuk prevent kulit gelap je…”

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber  : KL Press

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Lambat Hitam Anugerah Tuhan” Tak Tahu Pasal Sunblock, Ayda Jebat Dibldas Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*