Tarikh Perkahwinan Mira Filzah & Wan Emir Astar Didedahkan

Pelakon Mira Filzah dan buah hatinya, Wan Emir Astar dilaporkan bakal disatukan sebagai suami isteri sekitar bulan Oktober ini.

Memetik laporan Astro Awani, hari bahagia pasangan yang sehingga kini masih mengunci mulut mengenai hubungan mereka itu akan diadakan di ibu negara.

“Insya-Allah jika tiada aral melintang Mira dan Wan Emir akan berkahwin pada Oktober ini,” kata sumber kepada Astro Awani pada Rabu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bersama ‘Wanita Inspirasi Semua’, Ina / @fiqqi.abdullah 😌

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah) on

Pasangan berkenaan sebetulnya sudah lama mengenali antara satu sama lain.

Bagaimanapun, apabila Wan Emir melanjutkan pengajian, hubungan mereka terhenti sehinggalah kembali bertemu dan berhubung semula.

Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman dan Wan Emir pernah belajar di sekolah yang sama.

Wan Emir yang juga seorang arkitek difahamkan sudah menghantar rombongan untuk merisik pelakon wanita popular berusia 26 tahun itu.

Lelaki berusia 30 tahun itu pula merupakan anak sulung daripada empat beradik.

Ibu Wan Emir ialah Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid yang baru saja dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) dalam Kabinet Malaysia 2020.

Saksikan karya lakonan Mira Filzah yang pernah ditayangkan di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang!

Siapa Wan Emir Astar? Jejaka ini dikatakan bakal mengikat tali pertunangan dengan Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32, Mira Filzah.

Spekulasi tercetus selepas aktres itu mendedahkan dirinya sedang mengenali hati budi seseorang yang bukan daripada kalangan penggiat industri hiburan.

Biodata Wan Emir Astar

1. Pemilik nama Wan Emir Astar.

2. Berumur 30 tahun.

3. Berkerjaya sebagai arkitek.

4. Mempunyai firma seni bina dan perusahaan perniagaan sendiri.

5. Anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar, YB Datin Mastura Mohd Yazid.

6. Bapanya yang juga bekas Ahli Parlimen kawasan sama (Kuala Kangsar) iaitu Allahyarham Datuk Wan Mohamad Khair-il Wan Ahmad, telahpun terlebih dahulu meninggal dunia akibat tragedi helikopter di Sarawak pada tahun 2016.

D4kwaan Hubungan Cinta Dengan Mira Filzah

Khabar angin mengatakan beliau sudahpun merisik Mira dan bakal melangsungkan pertunangan pada bulan September ini.

Gosi1p terbabit dikuatkan lagi apabila pasangan ini hadir buat pertama kalinya di hadapan umum sewaktu majlis resepsi perkahwinan Farah Nabilah yang berlangsung semalam.

Mereka dikatakan mula berkenalan sewaktu zaman pengajian, sebelum hubungan itu terhenti apabila Wan Emir mengambil keputusan terbang ke luar negara untuk melanjutkan pelajaran.

Bagaimanapun sehingga kini Mira masih kekal dengan pendiriannya untuk merahsiakan identiti kekasihnya itu atas permintaan keluarga kedua-dua pihak.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Musangviral

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Tarikh Perkahwinan Mira Filzah & Wan Emir Astar Didedahkan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*