Besar pengorbanan seorang wanita dalam melahirkan zuriat. Peng0rbanan yang tidak ternilai itu pastinya sesuatu yang perlu dihargai.
Terbaru, satu video telah tular mengenai seorang Youtuber yang popular di Indonesia yang merakam detik berharga p3rit jerih isteri tercinta melahirkan zuriat mereka.
Tidak lekang sebut ‘Allahuakbar’
Tidak lekang Youtuber itu menyebut kalimah ‘Allahuakbar’ sewaktu menemani isterinya melahirkan cahaya mata sulung di sebuah hospital minggu lalu.
Selain itu, Arif Muhammad telah berkongsi momen berharga itu melalui laman Instagram miliknya.
Youtuber itu berkongsi video proses bersalin isterinya
Beliau memuat naik sebuah video ketika proses bersalin isterinya Dita Audina sehingga melahirkan anak lelaki mereka.
Zuriat yang bakal mewarnai hidup mereka berdua itu diberi nama Muhammad Arsenio Al Arif.
Ini dinamakan Hadiah dari Allah
“Nengok langsung persalinan istri secara normal bikin perasaan campur aduk, ini yang dinamakan hadia dari Allah”.
“Salut sama @ditaaudina dari bukaan pertama sampai anaknya lahir gak nangis, salut”, ujar beliau.
Menerusi rakaman video tersebut, kelihatan Arif setia di sisi isterinya menyebut kalimah Allah sebelum disudahi dengan ‘Alhamdulillah’ sambil menangis teresak-esak sehingga terdengar tangisan anaknya yang lahir ke dunia.
Kagum dengan peng0rbanan dan kecekalan isteri
Arif Muhammad, 29, mengulas, beliau kagum melihat pengorbanan dan kecekalan isterinya yang bertarung nyawa demi melahirkan zuriat terindah itu.
View this post on Instagram
Sementara itu, posting yang dimuat naik itu turut mendapat perhatian netizen dan mereka sempat meninggalkan pelbagai komen.
Ruangan komen dihujani dengan ucapan tahniah malah terdapat segelintir individu yang turut terharu melihat kesungguhan isterinya yang tidak putus asa dalam proses melahirkan cahaya mata.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : Vanilla Daily
Be the first to comment on "[Video] Isteri bers4lin depan mata buat lelaki ini m3nangis dan berkali-kali sebut Allahuakbar"