Mira Filzah didakwa bakal kahwin Oktober undang pelbagai reaksi netizen

Sejak kebelakangan ini, ada sahaja desas desus mengenai pelakon jelita yang dikenali sebagai Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman dimana dia dipercayai sedang mengenali dengan seorang jejaka.

Meskipun tidak mendedahkan siapakah jejaka berkenaan namun ramai dapat meneka bahawa jejaka yang sedang dikenali Bintang Paling Popular tahun lalu ini adalah Wan Emir Astar. Pun begitu, timbul pula satu dakwaan yang mengejutkan buat peminatnya.

Mira Filzah didakwa bakal kahwin Oktober ini

1

 

Menerusi laporan Astro Awani, Mira Filzah berusia 26 tahun ini didakwa bakal kahwin sekitar bulan Oktober tahun ini. Nampaknya, Mira Filzah mungkin akan menjadi salah seorang pelakon terkenal yang juga bakal menamatkan zaman bujangnya pada tahun 2020.

Terdahulu, Zahirah Macwilson, Emma Maembong dan Tasha Shilla antara selebriti terkenal yang sudah sah bergelar isteri buat jejaka pilihan mereka.

88974335_1684534325020931_3139697680494886826_n

 

Memetik laporan dari sumber juga, hari bahagia pasangan tersebut yang sehingga kini masih mengunci mulut mengenai hubungan mereka dikhabarkan akan berlangsung di ibu negara.

“Insya-Allah jika tiada aral melintang Mira dan Wan Emir akan berkahwin pada Oktober ini,” ujar sumber kepada Astro Awani pada Rabu.

Didakwa juga pasangan ini sebetulnya sudah lama mengenali satu sama lain. Walau bagaimanapun, bila jejaka itu melanjutkan pengajian, hubungan Mira dan dia terhenti sehingga kembali berjumpa dan berhubung semula selain difahamkan juga, mereka pernah belajar di sekolah yang sama.

Jejaka ini juga dikatakan seorang arkitek dan difahamkan sudah menghantar rombongan bagi merisik Mira Filzah. Menerusi Instagram, gara-gara tularnya mengenai hal itu, dia menerima pelbagai reaksi daripada netizen dan peminatnya.

Reaksi netizen

Screenshot_325

Screenshot_326

Screenshot_327

Screenshot_328

Screenshot_329

Screenshot_330

Screenshot_331

Screenshot_332

Screenshot_333

Screenshot_334

Screenshot_335

 

Sumber: Astro Awani, Instagram

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: HCL

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Mira Filzah didakwa bakal kahwin Oktober undang pelbagai reaksi netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*