Saintis telah menemui planet dengan suhu yang sangat tinggi sehingga cairan besi turun dari langitnya. Planet yang dinamakan Wasp-76b, terletak 390 tahun cahaya dari Bumi, namun para saintis dapat menyelidik ciri-ciri kimianya menggunakan alat Espresso baru di fasiliti Very Large Telescope (VLT) yang dioperasikan oleh European Southern Observatory di Chile.
Satu sisi planet itu sentiasa siang dengan suhu melebihi 2,400 ° C kerana kedekatan planet tersebut dengan bintang tuan rumahnya.
Lagi satu sisinya adalah sentiasa malam dengan suhu 1,000 ° C lebih rendah. Menurut Dr David Ehrenreich dari University of Geneva persekitarannya Wasp-76b adalah ‘p3lik’ kerana kondisi planet itu bukan menyebabkan titisan air untuk turun dari langit, sebaliknya titisan besi cair.
Fenomena as1ng ini adalah diakibatkan oleh suhu di sisi siang planet itu yang cukup panas sehingga dapat mengewapkan logam yang terdapat pada permukaan planet.
On WASP 76b, iron raindrops might tear through your umbrella like tissue paper. https://t.co/c0cBRVNYgw
— Science News (@ScienceNews) March 11, 2020
Wap logam kemudiannya dibawa oleh angin kencang ke sisi malam planet itu. Di sana, suhu cukup sejuk untuk logam yang terdapat pada atmosfera melalui proses pemeluwapan dan turun sebagai cecair.
Salah satu ciri menarik planet ini adalah seperti bulan kita, ia sentiasa menghadapkan sisi yang sama kepada bintang tuan rumahnya.
Akibatnya, sisi siang planet itu di’panggang’ sehingga semua awan menipis dan hilang, sementara molekul di atmosfera terpec4h menjadi atom individu.
Perbezaan suhu yang melampau di antara kedua-dua sisi planet itu juga menghasilkan angin yang gan4s, meniup sekuat 18,000km/ jam.
Sumber: UNILAD
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: HCL
Be the first to comment on "Saintis Temui Planet Yang Berhujankan Besi"