“Saya Pernah Jual Ayam G0reng Seringgit” Isteri PU Abu Kongsi Cerita Cari Duit Belanja..

Isteri pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan, Hana Azraa mendedahkan bahawa dia pernah meniaga ayam goreng seringgit demi mencari duit poket.

Menurut Hana, ketika itu dia masih lagi menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi.

“Serius nak berbisnes bukan mudah. Kalian tahu tak, sebelum saya ada produk sendiri, saya pernah jual ayam goreng seringgit tu? Saya pernah jual nasi lemak.

“Waktu belajar, masa tu semester lima kot tak silap. Punyalah gigih nak cari duit, merata saya jalan nak jual ayam dan nasi lemak tu.

“Kalian bayangkan muka saya, pegang dua bakul yang satu bakul penuh ayam goreng, satu lagi bakul penuh nasi lemak. Saya rondalah dari blok ke blok asrama perempuan dengan kawan saya. Jeritlah kami dua nasi lemak ayam goreng, setiap petang wajib ya,” ceritanya menerusi satu entri di Instagram.

Jelas Hana lagi, dia tidak pernah terdetik rasa malu kerana mahu mencari wang saku demi kelangsungan hidup.

“Tak ada rasa malu ke apa. Ye lah, nak cari duit poket kot. Mak ayah bagi duit pun cukup-cukup je belanja,” tulisnya mengenang masa lampau.

Dalam pada itu, Hana turut memberi gambaran bahawa kehidupan rakan-rakannya kini juga jauh lebih baik berbanding dirinya.

“Tiba-tiba saya rindu geng politeknik saya. Mereka masing-masing dah ada kehidupan yang sangat baik.

“Jauh lebih baik daripada kehidupan saya. Masing masing bahagia dengan keluarga dan anak-anak. Alhamdulilah. Semoga Allah kurniakan kebahagiaan yang berkekalan! Amin!,” luahnya.

Sebelum ini, kisah kehidupan peribadi Hana pernah mendapat perhatian apabila berkahwin dengan PU Abu pada Mei tahun lalu.

Perkahwinan itu mencetuskan kontr0versi apabila PU Abu dikatakan bertindak mencer4ikan bekas isteri pertamanya, Ain ‘Afini demi Hana.

Namun, kisah kehidupan rumah tangganya kemudian terus mencvri perhatian netizen apabila dikatakan berg0lak.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : gempak

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Saya Pernah Jual Ayam G0reng Seringgit” Isteri PU Abu Kongsi Cerita Cari Duit Belanja.."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*