Sejak kebelakangan ini, tularnya satu video ibu kepada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri apabila Bonda Rozita Ibrahim meluahkan rasa geram dan kesal terhadap anaknya itu.
Luahan dari usahawan ini juga dimuat naik menerusi laman sosial Instagram miliknya sehingga kini sudah mencecah lebih 700,000 tontonan sejak ia dikongsikan Bonda Rozita pada 11 Mac lalu.
Aliff Syukri ditegur Bonda Rozita
Dalam pada itu, penyanyi lagu Bobo Di Mana ini juga mendedahkan dia bakal melancarkan single terbaru dan berharap masuk dalam Anugerah Juara Lagu.
Ternyata, menerusi video berkenaan juga Bonda Rozita memberitahu bahawa dia turut mendapat cacian daripada netizen apabila tindakan anaknya itu menjadi perhatian selain mendapat pelbagai reaksi bercampur-campur netizen.
Pun begitu, menerusi satu perkongsian terbaru dari Datuk Seri Aliff Syukri menerusi laman Instagram peribadi miliknya, dapat diperhatikan dia datang berjumpa dengan ibunya.
Datuk Seri Aliff Syukri memuat naik video rakaman dirinya datang berjumpa dengan Bonda Rozita selepas ditegur selain berbicara mengenai teguran yang dilakukan baru-baru ini dan menulis kapsyen panjang menerusi posting itu.
“Tak salah pun mintak maaf dengan mak…. betul tak?? Saya sayang… saya janji x buat video yang mak x suka lagi lepas ni. Terima kasih syg saya Kri dr dulu sampai skrg. Saya tau kenapa mak selalu tegur saya sbb syg Kri.”
“I love u mak sampai syurga… biar apa orang mengutuk dan mengecam saya yang penting keluarga saya tahu siapa saya dan saya minta restu mak saya dan saya tak nak bagi mak saya marah lebih baik saya mengalah.” Ujarnya.
Terdahulu, Datuk Seri Aliff Syukri ada memuat naik satu video dalam keadaan sebak dengan air mata darah. Walau bagaimanapun, difahamkan lagu terbarunya itu bakal dilancarkan pada Jumaat.
Sumber: Instagram Bonda Rozita, Datuk Aliff Syukri
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber HCL
Be the first to comment on "“I love u mak…”- Ditegur Bonda Rozita, Aliff Syukri datang mohon maaf"