“Ingat satu pek cukup ke seminggu period?” – Kementerian Pesan Jangan ‘Panic Buying’ Tapi Pegawai T4han Wanita Beli 2 Pek Tuala Wanita?

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula dari 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020.

Antara senarai paling menjadi tumpuan adalah premis perniagaan perlu ditutup kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barang keperluan harian. Oleh itu, beliau berpesan agar seluruh rakyat tidak panik kerana bekalan mencukupi.

Tapi, kita semua tahu walaupun sebelum pengumuman itu dibuat kebanyakan pasar raya di kawasan ibu kota terutamanya dipenuhi ramai orang dek kerana ‘p4nic buying’.

“TIDAK PERLU ADA P4NIC BUYING”

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) turut mengambil kesempatan untuk berpesan kepada orang ramai melalui Twitter supaya jangan membuat pembelian p4nik.

Rakyat disarankan agar membeli hanya mengikut keperluan dan bukan untuk ‘stock up’. Semua diharap bertenang dan membeli dengan bertimbang rasa kerana tidak semua orang dapat membeli dengan kuantiti yang banyak.

Kebanyakan rak barangan di pasar raya dilihat kosong dan habis diborong orang ramai selain gambar menunjukkan barisan panjang untuk membuat bayaran viral di media sosial membuktikan ramai ‘p4nic buying’ malam semalam.

“Normal lah perempuan beli pad banyak” 

Dalam beberapa gambar yang dimuat naik, pegawai KPDNHEP dilihat melakukan pemantauan untuk mengawal ‘panic buying’ di sebuah pasar raya. Salah satu gambar telah menarik perhatian netizen di mana seorang pegawai dilihat men4han seorang wanita yang memegang dua pek tuala wanita.

Ramai pengguna Twitter, kaum Hawa terutamanya tak faham kenapa wanita itu dit4han. Mana tidaknya, sudah menjadi kebiasaan perempuan membeli pad dalam kuantiti yang banyak kerana sememangnya ia satu keperluan dan bukan gara-gara ‘p4nic buying’.

Tapi ada yang komen cakap wanita itu pakai uniform Guardian dan dia mungkin staf yang sedang menyusun stok dekat rak. Jadi mungkin pegawai tu tengah tanya soalan berkaitan stok barang agaknya. 

Mungkin betul kot dia staf Guardian…

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Lobakmerah

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Ingat satu pek cukup ke seminggu period?” – Kementerian Pesan Jangan ‘Panic Buying’ Tapi Pegawai T4han Wanita Beli 2 Pek Tuala Wanita?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*