Perintah Kawalan Pergerakan! Apa Nasib ‘Supermarket’ Yang Dah Licin? Ini Janji PM

Akhirnya pada malam ini, Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin telah membuat pengumuman rasmi perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia bermula 18 Mac hingga 31 Mac 2020.

Ketika rakyat Malaysia menantikan pengumuman ini, dalam masa yang sama, ramai yang berpusu-pusu dan berebut-rebut mendapatkan bekalan makanan di pasaraya yang berdekatan.

Kebanyakkan pasaraya dipenuhi orang ramai kerana bimbang kekurangan bekalan makanan di rumah ketika perintah kawalan pergerakan berlangsung sehingga hujung bulan ni. Ramai yang menyangka perintah berkvrung akan dilaksanakan atau l0ckdown.

Menurut tinjauan kami di sebuah pasaraya di Ara Damansara, kelihatan pelanggan masih beratur di kaunter pembayaran sehingga jam 10 malam.

Kebanyakkan rak barang keperluan licin dan habis dibeli termasuk beras, gula, barang basah dan minuman. Namun yang persoalan, adakah barang-barang keperluan ini tidak akan ditambah semula di setiap pasaraya?

Jangan risau, dalam ucapan sebentar tadi, Muhyiddin berkata memberi jaminan bahawa bekalan bahan makanan, keperluan harian dan penjagaan kesihatan termasuk penutup mulut dan hidung adalah mencukupi.

“Saya telah mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna agar sentiasa memantau situasi bekalan makanan dan keperluan harian di pasaran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini berkuat kuasa,” katanya.

Jadi kepada sesiapa yang tak sempat nak beli bekalan makanan 1 troli seperti yang berlaku pada hari ini, esok lusa pun boleh beli juga. Tak habis pun bekalan makanan tu!

Harus ingat, Kerajaan bukan melaksanakan perintah berkvrung tetapi perintah kawalan pergerakan. Ada bezanya!

Dalam tempoh perintah kawalan pergerakan ini, pasar raya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barang-barang keperluan harian masih boleh beroperasi seperti biasa.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Murai.my

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Perintah Kawalan Pergerakan! Apa Nasib ‘Supermarket’ Yang Dah Licin? Ini Janji PM"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*