“Saya Memang Beli 6 Troli, Tapi…” – Eina Azman Ber4ng Ditudvh Pentingkan Diri, Belanja Tak Fikir Orang Lain

Pelakon Datin Eina Azman menempelak netizen yang mendakwa dirinya bersikap mementingkan diri apabila dilihat membeli barangan keperluan secara berlebihan sewaktu tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Menurut Eina, dia mengakui memang ada membuat pembelian sehingga enam troli, namun, itu bukanlah untuk kegunaan dirinya sendiri, sebaliknya, keperluan bagi tiga buah keluarga.

“Pertama sekali, saya memang beli enam troli (barang keperluan harian), sebab saya beli untuk tiga buah rumah iaitu diri saya, mak saya dan untuk adik ipar saya yang berkeluarga besar. Jadi apa masalahnya?

“Saya tak fikir orang??? Kalau saya tak fikir orang, saya takkan bagi bantuan makanan untuk 100 buah rumah sebelum kuarantin haritu. Maaf, bukan nak riyak atau apa,” jelasnya menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram.

Dalam entri tersebut, Eina turut memuat naik paparan komen daripada individu yang mempertikaikan tindakannya itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Salam semua. Saya rasa this girl nak famous or maybe mmg suka nak bercerita hal orang. @nadiah_musa95 apa masalah awak nak tag nama saya Dan comment psl saya di ig kawan saya @bettyrahmad ? 1st saya mmg beli 6 troll sebab saya beli untuk 3 buah rumah iaitu diri saya, mak saya dan untuk adik ipar saya yang berkeluarga besar? Jadi apa masalah nya? Saya tak fikir orang??? Kalau saya tak fikir orang. Saya takkan bagi bantuan makanan utk 100 buah rumah sebelum quarantine haritu. Maaf bukan nak riak atau apa2. Saya tanpa ada masalah apa2 pun saya sentiasa menolong orang tanpa mengira bangsa atau agama. So pls mind ur own business! Jangan tau nak mengata dan bercerita hal orang. TQ n #untuksemuayangberceritaTentangSayaBeli6troli #StaySafeEveryone

A post shared by 𝑬𝒊𝒏𝒂 𝑨𝒛𝒎𝒂𝒏 (@eina_azman) on

Katanya, lagi, dia kecewa dengan sikap segelintir manusia yang suka menabur f1tn4h untuk memburuk-burukkan orang lain.

“Saya tanpa ada masalah apa-apa pun saya sentiasa menolong orang tanpa mengira bangsa atau agama. Jadi, tolong jangan sibuk urusan orang lain. Jangan tahu nak mnegata dan bercerita hal orang,” pintanya.

Perkongsian Eina itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya termasuklah rakan artis.

“Ada peny4kit hati tu, apapun terima kasih sebab selalu bantu orang-orang yang memerlvk4n,” tulis Bella Astillah.

“Itulah, kadang-kadang sebab malas orang perhati, pergi sampai dua pasar raya, sebab satu pasar raya untuk dapur sendiri, satu lagi mama papa. Takut mata-mata macam ni lah f1tn4h bukan-bukan,” komen Nad Zainal.

Terdahulu, seorang pengguna Instagram dikatakan men1ngg4lkan komen tersebut di salah satu posting di akaun sahabatnya, pelakon Betty Rahmad.

Apapun, jangan lupa, saksikan drama lakonan Eina Azman di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Gempak

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Saya Memang Beli 6 Troli, Tapi…” – Eina Azman Ber4ng Ditudvh Pentingkan Diri, Belanja Tak Fikir Orang Lain"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*