Ronaldo Sumbang Peralatan Perub4tan Kepada Hospital Di Portugal

Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo dan ejennya, Jorge Mendes menyumbang peralatan perubatan kepada beberapa hospital di Portugal yang bergelut untuk merawat pes4kit yang dijangkiti wabak coronav1rus (COV1D-19).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak hospital, kedua-dua mereka akan memberikan sumbangan kepada dua wad di Hospital Santa Maria, Lisbon dengan menyerahkan 10 katil di setiap wad, ventilator, mesin pemantauan jantung, pam infusi dan alat suntikan.

Sementara itu di satu lagi bandar, Porto, pasangan dari Portugal itu akan membekalkan kepada satu wad di Hospital Santo Antonio dengan 15 kelengkapan yang sama.

“Kami mahu mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Ronaldo dan Mendes di atas inisiatif mereka yang ternyata amat diperlukan oleh semua orang di negara kita pada waktu ini,” kata Presiden Majlis Perbandaran Santo Antonio, Paulo Barbosa.

Di Portugal ketika ini dilaporkan sebanyak 2,632 kes positif COV1D-19 dengan 29 kematian, jauh lebih rendah daripada Itali dan Sepanyol yang kini semakin tertekan dengan peningkatan mendadak.

Dalam satu temubual di siaran televisyen pada Isnin, Perdana Menteri Portugal, Antonio Costa berkata hospital awam di negara itu mempunyai 1,142 ventilator dan hospital swasta pula hanya ada kira-kira 250 unit.

Untuk berdepan dengan krisis berkenaan, pihak kerajaan telah membeli sebanyak 500 ventilator dan empat juta pentutup hidung dan mulut dari China.

“Sistem perubatan di sini masih di bawah kawalan pihak kami,” kata Costa.

Bagaimainapun, pakar perubatan yang bekerja di lapangan meragui kenyataan tersebut terutamanya mengenai kekurangan peralatan.

Pada Isnin, persatuan perubatan negara itu telah memberi amaran kepada pihak kerajaan mengenai kekurangan alat perubatan di hospital seperti penutup hidung mulut, sarung tangan dan lain-lain.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: SEMUANYABOLA via HCL

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Ronaldo Sumbang Peralatan Perub4tan Kepada Hospital Di Portugal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*