Pelakon Diana Amir memberitahu bahawa bapanya kini sudah tiga bulan berada di hospital bagi menjalani raw4tan selepas mengalami keced3raan pada bahagian kaki.
Bagaimanapun, menurut Diana, 34, bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, dia terpaksa melupakan seketika hasratnya untuk melawat bapanya seperti yang dilakukan sebelum ini.
“Sudah tiga bulan abah terb4ring je kat hospital. Abah patah patella (tempurung) kedua-dua belah kaki, nak kena tunggu tiada j4ngkitan di kaki baru boleh operate. Akhirnya, sekarang sudah tiga bulan abah di hospital, tak boleh bergerak.
“Sebelum CMO (Perintah Kawalan Pergerakan), Diana akan balik selagi boleh. Abah minta tolong tolak katil abah ke luar bilik nak tengok hijau kat luar bilik sekejap. Nak tengok jalan, nak tengok bumbung rumah, nak tengok ke luar tingkap,” kongsinya menerusi satu posting di Instagram miliknya.
Pada posting tersebut, Diana turut berkongsi paparan imej panggilan vid3o yang dibuat bersama bapanya yang kini berada di sebuah hospital di Batu Pahat, Johor.
Katanya lagi, dia berkongsi kisah bapanya itu kerana mahu masyarakat di luar sana terus bersyukur kerana masih berpeluang melakukan aktiviti di dalam rumah.
“Syukurlah dengan nikmat kita yang dapat duduk di rumah saat CMO ni. Masih boleh bergerak dalam rumah, main kat laman rumah, tonton televisyen, masak, makan, baca al-Quran, tidur dalam bilik sendiri, mandi dalam tandas sendiri. Ada banyak nikmat masa, tenaga untuk buat macam-macam aktiviti. .
“Kalau dah bosan sangat, cuba tengok pada orang yang tak dapat nikmat yang kita rasa sekarang ni. Tak dapat duduk di rumah, frontliners, orang-orang yang tak ada rumah. Bersyukur, mereka menangis nak balik rumah,” luahnya.
Dalam pada itu, Diana turut mengucapkan terima kasih kepada semua petugas kesihatan yang banyak membantu ayahnya di hospital.
“Doakan abah Diana cepat sembuh, dapat berjalan, buat aktiviti macam biasa. Kami semua sayang abah.
Terima kasih doktor dan semua kakitangan perubatan yang jaga abah di hospital. Tak mampu balas jasa kalian. Semoga Allah rahmati segala penat lelah anda semua,” coretnya.
Terdahulu, kerajaan melaksanakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac sehingga 14 April depan.
Sepanjang tempoh itu juga orang ramai diminta untuk terus kekal duduk di dalam rumah dan mengurangkan aktiviti di luar.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: Gempak
Be the first to comment on "“3 Bulan Abah Terbarlng Di Hospital” – Diana Amir Hanya Mampu ‘Facetime’ Dengan Ayah"