Cik B kena minyak panas di muka, kongsi video bikin ramai bimbang

Siapa saja yang tidak kenal dengan anak kepada usahawan kosmetik, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen dimana dia juga sangat popular dalam bidang perniagaan seperti ibunya, Datuk Seri Vida atau lebih sinonim dengan panggilan DSV.

Walau bagaimanapun, terbaru membuatkan ramai merasa bimbang dengan melihat keadaan Cik B apabila dia berkongsikan perkembangannya kepada semua.

Cik B menerusi laman sosial Instagram peribadi miliknya memberitahu bahawa mukanya kena minyak panas. Kelihatan melalui posting Cik B kali ini, dia merakam video bersama ibunya dan diperhatikan kesan dari kejadian berkenaan di mukanya.

Cik B kena minyak panas

Cik B menerusi kapsyen di postingnya juga sempat menasihatkan kepada orang ramai untuk berada di rumah selain memberitahu netizen agar kekal selamat.

My face kena minyak panas… btw stay at home and stay safe…” ujarnya menerusi perkongsiannya semalam.

Kejadian yang berlaku itu sekali gus mengundang kebimbangan buat peminat dan pengikutnya dilaman Instagram dengan bertanyakan bagaimana perkara itu boleh berlaku.

Pun begitu, Cik B turut membalas komen yang ditinggalkan dengan menceritakan apa yang berlaku itu kepada semua dimana  dia cuba memasak daging.

Dalam pada masa yang sama, rata-rata mendoakan agar dia cepat sembuh selain meminta agar anak kepada DSV ini lebih berhati-hati.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Instagram Cik B via HCL 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Cik B kena minyak panas di muka, kongsi video bikin ramai bimbang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*