Mark Zuckerberg Sumbang RM108 Juta Untuk Kajian COV1D-19

Mark Zuckerberg dan isterinya, Dr. Priscilla Chan mengumumkan kerjasama badan kebajikan mereka, Chan-Zuckerberg Initiative, dengan Bill and Melinda Gates Foundation untuk mengumpul USD25 juta (RM108 juta) bagi kajian rawatan penyakit COVID-19.

Bercakap kepada CBS, Chan berkata kerjasama ini dibuat dengan badan kebajikan milik Bill Gates dan isterinya untuk ‘mempercepatkan usaha menentang coronav1rus’. Selain itu mereka juga mahu ‘memberi dana kepada kumpulan yang sedang mengkaji ubat yang mempunyai potensi kesan kepada coronav1rus’.

Zuckerberg kemudiannya menambah salah satu idea kerjasama mereka adalah untuk mencari satu ubat yang boleh melawan pelbagai penyakit, termasuk COV1D-19. Menurutnya lagi:

“Kita nak ambil semua ubat yang kita tahu selamat untuk digunakan dan uji keberkesanan mereka untuk merawat coronav1rus, atau mengurangkan simptom.”

Facebook turut terjejas

Zuckerberg turut mengaku wab4k COV1D-19 turut memberi kesan kepada pendapatan Facebook. Ketika ini 45,000 pekerja mereka bekerja dari rumah.

“Walaupun ada yang tak boleh buat kerja dari rumah pun, kami akan bayar gaji penuh mereka semasa tempoh wab4k ini.

“Kami bernasib baik kerana syarikat kami ada simpanan duit tunai. Saya rasa kami boleh menangani impak wab4k ini. Kami ada kemampuan untuk jaga kebajikan staf dan kami ada tanggungjawab untuk melakukannya.”

Facebook baru-baru ini melaporkan penurunan pendapatan syarikat akibat pengurangan permintaan iklan akibat wab4k COV1D-19.

Bagaimanapun Zuckerberg tidak merasakan impak wab4k tersebut akan memaksa Facebook untuk mengubah model bisnes mereka yang bertunjangkan pendapatan dari iklan.

Jutawan mega teknologi ini turut mengaku tanggungjawab syarikatnya untuk menentang berita palsv yang berleluasa ketika wab4k COV1D-19.

“Saya bangga dengan kerja pasukan kami di seluruh dunia untuk – mendapatkan maklumat tepat, menentang berita palsu, menyokong bisnes kecil – memastikan servis sosial dan komunikasi penting yang diharap oleh pengguna untuk berhubung dengan orang tersayang kekal stabil dan berjalan lancar.”

Instagram beri platform kepada artis buat persembahan maya

Promosi komunikasi dan pendekatan komuniti yang dibuat oleh Facebook sememangnya jelas kelihatan baru-baru ini selepas membenarkan selebriti untuk mengadakan persembahan maya untuk peminat mereka di Instagram.

Contohnya parti DJ D-Nice pada Sabtu lepas di Instagram Live dibuat untuk menggalakkan orang ramai mematuhi saranan penjarakan sosial dan mengelak keluar dari rumah.

DJ D-Nice turut menzahirkan penghargaannya kepada Zuckerberg kerana menjadikan parti maya itu kenyataan. Bercakap mengenai penghargaan itu, Zuckerberg berkata:

“Saya hargai penghargaan [DJ D-Nice]. Saya rasa terinspirasi bila tengok kita masih lagi boleh bekerjasama dan memberi sokongan walaupun kita tak boleh jumpa depan-depan.”

Sementara itu isteri Zuckerberg memberitahu beliau dan suaminya sangat-sangat berterima kasih kepada barisan depan di hospital yang bertungkus-lumus melawan wab4k COV1D-19.

“Bukan doktor sahaja. Staf di kedai runcit, posmen – orang-orang yang bekerja untuk memastikan kita dapat benda yang kita perlukan.”

“Saya juga terharu melihat keberanian saintis yang bekerja keras untuk mencari rawatan dan vaksin penyakit ini.”

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Facebook:

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: RENCAH VIA HCL

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Mark Zuckerberg Sumbang RM108 Juta Untuk Kajian COV1D-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*