“Why Not Kita Sesama Artis Yang Mana Mampu, Buat Satu Tabung Bantuan” – Zulin Aziz Beri Idea Cara Nak Tolong Golongan Artis Terjejas Akibat…

Pelakon dan pengacara Zulin Aziz menyarankan agar golongan artis mewujudkan satu tabung khas bagi membantu mana-mana rakan dalam industri hiburan yang terjejas sumber pendapatan rentetan daripada pelaksaaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung wab4k COV1D-19.

Menurut Zulin, dengan adanya tabung itu nanti, mana-mana artis yang berkemampuan boleh menghulurkan sumbangan mereka untuk dimanfaatkan oleh mana-mana rakan industri yang memerlukan.

“Kenapa tidak kita sesama artis yang mana mampu, buat satu tabung bantuan untuk bantu sesama kita dalam industri yang mana benar-benar kehilangan pendapatan tak kira artis itu sendiri atau mereka yang di belakang tabir.

“Sesiapa yang nak bantuan boleh rujuk pada sekian sekian, ha…macam tu,” kongsinya menerusi satu posting di Instagram miliknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ini pendapat saya lah instead of kita minta bantuan khas kerajaan,ramai diantara kita yg mampu.Kalau sorang sikit hulur bantuan, kita pun boleh bantu mereka inshaAllah. Okay dak? #seniman #karyawan #kitajagakita

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz) on

Menurut Zulin lagi, dia yakin ramai dalam kalangan artis sendiri mempunyai kemampuan untuk membantu mereka yang mungkin jauh kurang bernasib baik.

“Ini pendapat sayalah. Daripada kita minta bantuan khas kerajaan, ramai antara kita yang mampu. Kalau seorang sikit hulur bantuan, kita pun boleh bantu mereka, Insya-Allah. Okay tak?” katanya.

Perkongsian cadangan Zulin itu kemudian menerima respons positif dalam kalangan pengikutnya termasuklah rakan artis sendiri.

“Okay sangat babe,” komen pelakon Catriona Ross.

“Ya, salute awak kak! Ada juga artis berfikiran macam akak! Pandai.

“Artis yang cerdik. Yang ini baru betul.

“Okay sangat, berapa banyak artis di Malaysia ini,m bolehlah sama-sama membantu dalam kalangan artis,” tambah sebahagian komen pengikutnya.

Terdahulu, beberapa artis menjadi mangsa kecaman netizen selepas mengeluarkan kenyataan meminta bantuan khas daripada kerajaan selepas mendakwa pendapatan mereka terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April ini, sepanjang segala bentuk aktiviti hiburan termasuklah penggambaran dan persembahan dihentikan seketika.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Why Not Kita Sesama Artis Yang Mana Mampu, Buat Satu Tabung Bantuan” – Zulin Aziz Beri Idea Cara Nak Tolong Golongan Artis Terjejas Akibat…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*