“Tuanku Agong dan anak buat sendiri semua…” – 16 staf Istana Negara positif Cov1d-19, Tunku Azizah kongsi kehidupan sekeluarga dikuarant1n

SERAMAI 16 kakitangan Istana Negara disahkan positif Cov1d-19.

Menurut Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, kesemua kakitangan tersebut sedang menerima raw4tan.

Tunku Azizah turut memanjatkan syukur apabila baginda dan keluarganya disahkan negatif jangk1tan itu tetapi masih perlu menjalani kuarant1n.

“Saya sekeluarga duduk berasingan dalam bilik masing-masing. Lambai dari jauh saja. Kami tidak dibenarkan visitors (pelawat) dan juga tidak ada sesiapa dibenarkan naik ke atas Istana.

“Hanya kami saja di atas. Tidak ada pelayan atau bodyguard. Tuanku Agong dan anak buat sendiri semua. Cuci dan kemas bilik sendiri kerana kami semua high risk because we were with those yang positif.

“Alhamdulillah we are OK. Dah buat banyak test dan negatif!” katanya menerusi satu posting di Instagram.

Tunku Azizah dan keluarganya masih menjalani kuarantin sehingga 9 April ini.

Sepanjang tempoh kuarantin itu, Tunku Azizah berkata mereka sekeluarga dan kakitangan Istana Negara bertadarus sesama sendiri.

“Kami semua yang self quarantined, bertadarus sama sendiri… mendoakan semoga wabak ini akan dihapuskan oleh Allah SWT,” katanya.

Dalam pada itu, Tunku Azizah turut mendoakan agar semua kakitangan yang positif segera sembuh.

“Saya doakan pekerja-pekerja Istana dan bodyguard yang positif akan sembuh cepat. Dan juga kepada rakyat Malaysia kami boleh keluar bilik pada 9 April.

“Selepas buat swab test dan selepas itu juga kena berjaga-jaga dan begitu juga dengan semua staf Istana,” katanya.

Baginda turut menasihati orang ramai supaya mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April ini.

“Jangan keluar dan jangan degil. Ini tanggungjawab kita semua. Walaupun kita serah kepada Allah SWT, kita juga dituntut berikhtiar.

“Alhamdulillah anak-anak saya semua faham dan tidak ada yang complain. Semua baik-baik duduk dalam bilik dan makan apa saja yang saya order,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MSTAR

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Tuanku Agong dan anak buat sendiri semua…” – 16 staf Istana Negara positif Cov1d-19, Tunku Azizah kongsi kehidupan sekeluarga dikuarant1n"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*