Roslan Salleh berniaga, Zarina Anjoulie ajak netizen support artis veteran dipuji

Sejak beberapa hari ini, nama pelakon Zarina Anjoulie menjadi perhatian, walau bagaimanapun ramai netizen turut memujinya apabila dia juga membantu mempromosikan perniagaan daripada pelakon veteren, Roslan Salleh.

Zarina menerusi laman Instagram berkongsikan nama akaun pelakon veteren ini dimana semua sudah ketahui bahawa Roslan Salleh kini bukan hanya bergelar pelakon namun lebih aktif dalam menjalankan perniagaan kecil-kecilannya bersama keluarga.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Roslan Saleh (@paklansaleh) on

Menerusi Harian Metro, pelakon veteren ini turut berkongsi mengenai perniagaannya dimana dia menjual daging dendeng, sambal lado dan sambal hitam belimbing buluh dari rumah sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilakukan.

Roslan Salleh turut memberitahu oleh kerana keadaannya yang kurang sihat menyebabkan pelakon berusia 63 tahun ini tidak lagi aktif dalam dunia lakonan.

Pun begitu, Zarina menerusi Instagram turut mengajak agar orang ramai menyokong artis veteren ini dengan memborong apa yang dijualnya itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

@paklansaleh Sambal lado support artis veteran camni yg kita patut support . Kita borong Sambal dia ksi habis !

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1) on

“@Paklansaleh Sambal lado support artis veteran camni yang kita patut support. Kita borong sambal dia kasi habis!” Ujarnya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen pula rata-rata memuji usaha Zarina dalam membantu pelakon veteren ini dan ada juga netizen turut berkongsi pengalaman membelinya dengan memberitahu sambal yang dijual itu sangat sedap.

Ternyata, ramai turut bersama meluahkan hasrat mahu menyokong perniagaan pelakon veteren ini selain posting Zarina juga meraih ribuan tanda suka.

Reaksi ramai

Sumber: Instagram Zarina, Roslan Saleh, Harian Metro

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: HCL

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Roslan Salleh berniaga, Zarina Anjoulie ajak netizen support artis veteran dipuji"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*