“Bajet 50k Telah Pun Habis Disalurkan,” – Bantuan Selesai Diagihkan, Man Raja Lawak Minta Maaf Kepada Mereka Yang Tak Sempat Dibantu]

Man Raja Lawak memberitahu bahawa wang bantuan yang didermakan sudah pun habis disalurkan kepada pihak yang memerlukan.

Perkara tersebut diberitahu pemilik nama lengkap Abd Rahman Kasim pada Jumaat.

Sambil memohon agar mereka yang mendapat bantuan tersebut menggunakan wang sebaiknya, Man turut memohon maaf kepada pemohon yang tidak berjaya.

“Saya Abd Rahman Kasim ingin memohon maaf kerana bajet 50k telah pun habis disalurkan sebentar tadi. Kepada mereka-mereka yang mendapat bantuan gunakanlah duit itu sebaik mungkin.

“Kepada yang gagal, mohon ampun dan maaf. Terima kasih kerana anda sabar menanti jawapan sehingga kini. Maafkan saya tidak dapat membantu anda di saat anda benar-benar memerlukan.

“Mohon maafkan saya yang hina ini. Sekian,” tulisnya pada lampiran entri terkini di Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Maaf kan saya🙏🙏🙏😭😭😭

A post shared by Man Raja Lawak (@manrajalawak) on

Terdahulu, Juara Maharaja Lawak Mega 2019 ini mengejutkan ramai apabila mengambil keputusan untuk mengagihkan sebahagian wang kemenangannya itu bagi membantu meringankan beban mereka yang kesempitan di dalam menghadapi krisis COV1D-19 ketika ini.

Foto: Instagram Man Raja Lawak

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Smoga di berkati

A post shared by Man Raja Lawak (@manrajalawak) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MH

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Bajet 50k Telah Pun Habis Disalurkan,” – Bantuan Selesai Diagihkan, Man Raja Lawak Minta Maaf Kepada Mereka Yang Tak Sempat Dibantu]"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*