Ditudvh Tayang Anak Di IG – Abby Abadi Minta Netizen Solat Tenangkan Diri

“Tak habis2 promote anak dia yang ni. Tau la cantik, tapi simpan la elok2 tak payah buat tatapan umum sangat.”

Itu antara komen dari netizen pada ruangan komen di laman Instagram Abby Abadi apabila memuat naik gambar anak keduanya, Marissa. Dengan kapsyen meminta agar peminat anaknya memberi fokus kepada baju yang dipromosikan di situ dan bukannya mahu memikat anaknya yang hanya berusia 15 tahun itu.  

Bagaimanapun, ada pula netizen yang panas hati kerana Abby dilihat asyik mempromosi anaknya untuk tatapan umum. Namun, ia dibalas selamba oleh Abby yang meminta netizen tersebut berbaik sangka. Malahan Abby juga meminta netizen tersebut supaya menenteramkan diri dengan solat dan juga tidak lagi melihat Instagram.

 

 

Bagaimanapun, lebih ramai yang memuji kecomelan anaknya termasuklah selebriti.

 

 

 

 

 

Untuk info, Abby Abadi menjual busana muslimah dan mengambil anaknya sendiri memperagakan baju-bajunya. Jadi, tidak hairanlah Marissa lebih diketengahkan di media sosial berbanding adik beradik yang lain. Tapi, betul lah kan, dia selalu tayang anaknya untuk promosikan baju kan?

Apa pun, media sosial adalah platform tanpa batasan. Orang boleh memuji dan juga menguji, terpulang pada reaksi kita untuk menerimanya. 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:- CARI

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Ditudvh Tayang Anak Di IG – Abby Abadi Minta Netizen Solat Tenangkan Diri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*