“Mengejuutkan sehari dapat hafal semua” – Tak pernah solat 26 tahun, 1 tahun diam-diam sembahyang baca nota, gadis ‘terang hati’ ketika kuar4ntin diri

ADA hikmah di sebalik penularan wab4k C0vid-19 yang melanda serata dunia ketika ini.

Seperti kisah seorang gadis yang pulang dari Eropah yang terjejas teruk dan diisytiharkan zon merah bagi wab4k yang membawa m4ut itu.

Perkongsian foto nota-nota niat dan surah serta bacaan lain untuk menunaikan solat, yang tersusun kemas diletakkan di hadapan sejadah, mengundang rasa terharu netizen.

Bercakap kepada mStar, Nur’Rashima Murat, 27, berkata hatinya mula terdetik untuk menunaikan solat semasa hubungannya bersama tunang ketika itu mengalami masalah, sebelum putus pada Mac tahun lalu.

Perkongsian Shima di laman sosial.

“Jujurnya, sepanjang saya hidup 26 tahun ketika itu, saya tak pernah sekali solat atau mengaji. Bukan ibu bapa tak nak ajar, tapi diri sendiri yang belum nak belajar solat.

“Gambar nota-nota tu di sejadah tu saya ambil pada April 2019, tapi baru saya ada keberanian untuk berkongsi kepada umum,” ujar warga Singapura itu kepada mStar.

Lebih mesra dengan panggilan Shima, dia mengakui selepas itu dia tetap mengalami k3sulitan untuk menunaikan solat sebanyak lima kali sehari.

“Mula-mula tu susah juga, terkial-kial. Saya cuma cuma solat Isyak dan Subuh. Saya belajar pada waktu malam sebab semua orang dah tidur. 

“Saya rasa malu nak solat dengan nota-nota tu, tak yakin. Saya masih solat tapi tak ambil inisiatif untuk menghafal setiap bacaan,” katanya yang menetap di Choa Chu Kang.

Shima semasa bercuti di Paris dan London, awal bulan lalu.

Kepulangannya ke Singapura selepas bercuti di Eropah pada awal bulan lalu memerlukannya untuk menjalani kuar4ntin di rumah sebagai langkah-langkah pencegahan C0vid-19.

Sepanjang tempoh dua minggu itu, Shima mengambil peluang untuk belajar solat secara serius.

“Saya banyak tinggal solat dan inilah waktu untuk perbaiki solat saya. Saya hanya duduk rumah semasa kuar4ntin dan nekad untuk belajar solat betul-betul.

 

Saya rasa kalau tak kerana wabak C0vid-19 dan self quarantine ni, saya akan tetap malas and tak nak belajar solat betul-betul. Ia membuka mata saya.

SHIMA

“Alhamdulilah sekarang saya dapat solat dengan tenang. Saya tak pakai nota-nota tu lagi sebab dah hafal. Surprisingly, saya hanya mengambil masa sehari untuk hafal semua,” ujarnya.

Shima yang merupakan anak ketiga daripada lima beradik itu syukur telah selesai menjalani kuar4ntin di rumah selama dua minggu tanpa mengalami sebarang gejala dan sihat sepenuhnya.

Shima menjalani kuar4ntin di rumah selama dua minggu susulan penularan wabak C0vid-19.

Bagi pembantu peribadi di sebuah syarikat Batam, Indonesia itu, terdapat hikmah di sebalik wab4k C0v1d-19.

“Saya rasa kalau tak kerana wab4k C0v1d-19 dan self quarantine ni, saya akan tetap malas and tak nak belajar solat betul-betul. Ia membuka mata saya.

“Saya juga gembira dapat mempengaruhi kawan yang sebelum ni pun tak pernah solat lima waktu. Sekarang saya nampak dia solat depan mata saya. Dia juga berjaya melakukannya!

“Dan sekarang ia menjadi satu kewajipan untuk solat dan saya tidak akan terlepas melakukannya,” ujar Shima sambil menambah Singapura ketika ini menyarankan penjarakan sosial bagi mencegah jangkitan C0v1d-19.

Shima mengharapkan perkongsiannya menjadi iktibar buat semua.

Menurut Shima, perkongsiannya itu sebagai iktibar untuk memberi k3sedaran bahawa setiap manusia tidak lari daripada membuat k3silapan dan tidak malu untuk memperbaikinya. 

“Saya tak nak mereka malu untuk belajar solat walaupun umur sudah meningkat. Belajar solat dengan cara atau susah macam mana sekali pun kerana saya percaya suatu hari nanti semua usaha ini berbaloi… insyaAllah dosa kita dapat diampun olehNya,” katanya. 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: mstar

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Mengejuutkan sehari dapat hafal semua” – Tak pernah solat 26 tahun, 1 tahun diam-diam sembahyang baca nota, gadis ‘terang hati’ ketika kuar4ntin diri"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*