“Jangan Ada Yang Dok Merep3k..Cakap Benda Bukan-Bukan” –  Izreen Azminda Akan Padam Komen Negatif Di Instagram

Pelakon Izreen Azminda mengingatkan pengguna laman sosial agar tidak meninggalkan sebarang komen berunsur negatif di akaun Instagram miliknya.

Menurut Izreen, 35, dia tidak teragak-agak untuk memadam segala komen netizen yang boleh menimbulkan rasa kurang senang terhadap dirinya dan pengguna lain.

“Nak pesan awal-awal, jangan ada yang dok merepek tau. Jangan cakap benda yang bukan-bukan, benda-benda negatif. Mengata orang tu, mengata orang ni, petik orang tu, petik orang ni.

“P3rli orang tu, p3rli orang ni. Kalau rasa nak neg4tif, pergi kat Instagram orang yang memang suka baca benda-benda yang berunsur neg4tif ni…kat Instagram kami, kami terus pad4m ya,” tulisnya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

🥰🥰🥰 (nk pesan Awai2.. Jgn ada yg dok merepek tau.. Jgn Cakap Benda yg bukan2.. benda2 negatif.. Kata org tu kata org ni..petik org tu petik org ni.. Perli org tu perli org ni.. Kalau rasa nk negatif p kat IG org yg mmg suka baca Benda2 yg berunsur negatif ni.. Kat IG kami.. Kami teruih delete na.. Tak syok dok tgk bertelagah sesama sendiri.. Kami tak mau Benda2 tak elok tu semua.. Beria Sgt pun bukannya duit bergolek golek mai kat ampa pun.. Kalau buleh duit kami pun nk mengata org kat IG 🤭🤭🤭 Bila kita cakap hok Baik2.. Yg Baik2 jugak mai kat kita 😊😘) #TAHUN2020 #STAYPOSITIVE #STAYHOME #MENUJUKEHADAPAN

A post shared by I.Z.R.E.E.N A.Z.M.I.N.D.A (@izreen.azminda) on

Katanya lagi, dia tidak mahu akaun media sosialnya itu menjadi medan untuk netizen untuk berkongsi perkara-perkara berunsur neg4tif.

“Tak syok dok tengok bertelagah sesama sendiri. Kami tak mahu benda-benda tak elok tu semua. Beria sangat pun bukannya duit bergolek mari kat ampa pun

“Kalau boleh buat duit, kamu pun nak mengata orang kat Instagram. Bila kita cakap baik-baik, yang baik-baik juga datang kepada kita,” katanya.

Terdahulu, Izreen bertindak membuka ruangan komen di Instagram selepas bertahun menutup fungsi tersebut kepada umum.

Izreen bertindak menutup ruangan komen selepas perkahwinannya bersama pemuzik, Ude Wahid atau nama sebenarnya, Muhamad Radzi Abdul Wahid, 31, pada 2017 mencetuskan kontroversi.
 
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Jangan Ada Yang Dok Merep3k..Cakap Benda Bukan-Bukan” –  Izreen Azminda Akan Padam Komen Negatif Di Instagram"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*