Pelakon Farah Ahmad berkongsi cerita mengenai pengalamannya yang mimpikan arwh suaminya, pengarah Pitt Hanif selepas 165 hari pemerg1annya.
Menurut Farah, peluang ‘bertemu’ suaminya itu merupakan sesuatu yang cukup berharga buat dirinya.
Semalam 167. Hari ini rindu 168 hari. Selepas 165 hari @pitthanif muncul kembali dalam mimpi menyampaikan di mana kita tak tahu maknanya, tapi yang penting awak seperti dulu masih ingat kita dengan cara awak.
“Banyak-banyak beg awak amik beg selepang hijau kain guni kita dan awak nak isi ####. Punyalah Farah tak nak bangun tidur sebab memang lepas rindu, terjaga je, Farah tidur balik dan ia bersambung..haha..kelakar macam kita berdua gak,” ceritanya menerusi satu entri di Instagram.
Biarpun hanya bertemu dalam mimpi, kata Farah, sedikit sebanyak ia dapat melepaskan rasa rindu yang selama ini terbuku.
“Ya Allah, bangun tidur senyum. Biarlah kalau ada mimpi mainan tidur, tapi aku pandang ini manis Allah nak bagi kat aku.
Awak…rindunya”Sedar-sedar rupanya tertidur dengan telekung bagai…hahah. Ya Allah terima kasih atas hadiah ini,” coretnya yang turut berkongsi gambar sewaktu pernikahan mereka.
Terdahulu, Pitt atau nama sebenarnya Mohd. Firdaus Mohd. Hanif ditemui mati lemas sewaktu keluar memancing di Sungai Jelai, Pahang pada Oktober lalu.
Hasil perkongsian hidup, pasangan tersebut dikurniakan tiga anak perempuan yang berusia antara tujuh hingga 16 tahun.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Be the first to comment on "“Selepas 165 Hari….” – Farah Ahmad Rasa Tak Nak Bangun Tidur Kerana…"