“Benda Rare Zaman PKP Ni. Syukur” – Sarapan Roti Gardenia, Najib Buat Warga Maya Terliur

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, bekalan roti Gardenia dikatakan agak terhad memandangkan ia sering kehabisan sama ada di pasar raya mahupun kedai runcit.

Oleh itu, tindakan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak memuat naik foto bersarapan roti Gardenia di Instagramnya mengundang pelbagai reaksi ramai.

Benda rare (susah dapat) zaman PKP ini. Syukur,” tulisnya di ruang kapsyen.

Najib memuat naik foto menyapu roti tersebut dengan jem hari ini sambil mengucapkan syukur kerana dapat menikmati roti keluaran syarikat tersebut.

Kredit foto: Facebook Najib Razak

Perkongsian Najib setakat ini disukai lebih 77,000 warga maya selain mendapat hampir 4,000 komen.

 

Kredit Foto – Instagram Najib Razak

Tak sangka musim PKP ni, laku roti Gardenia ni. Jemu makan nasi ke tu? 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : – CARI

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Benda Rare Zaman PKP Ni. Syukur” – Sarapan Roti Gardenia, Najib Buat Warga Maya Terliur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*