COV1D-19 : Puteri Aishah mula raw4tan di hospital

KUALA LUMPUR: Pelakon Puteri Aishah yang disahkan positif COVID-19, memulakan rawatan di Hospital Sungai Buloh (HSB), petang tadi.

Perkara itu diumumkan pengurusnya, Iman Tang melalui Instagram (IG) Story, sebentar tadi.

Dalam perkongsian itu, Iman memohon peminat berdoa urusan pendaftaran dan proses raw4tan pelakon itu dipermudahkan.

“Syukur alhamdulillah, Puteri nampak sihat. Dia sempat menghantar foto dan beritahu sedang dalam ambulans dan dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

in sha Allah 🌸

A post shared by Ms. Puteri Aishah (@puteriaishahofficial) on

“Sama-sama kita doakan semoga Puteri selamat dalam perjalanan dan segala urusan pendaftaran di hospital… Insya-Allah,” katanya.

Entri itu memaparkan foto pelakon filem Pulang itu dalam ambulans. Puteri Aishah dilihat memakai blaus merah jambu, bertopi dan mengenakan topeng muka.

Ketika dihubungi, Iman berkata, dia masih menunggu perkembangan terkini daripada artis jagaannya itu.

Semalam, Puteri Aishah atau nama sebenar, Puteri Aishah Sulaiman disahkan posit1f COV1D-19 selepas menjalani ujian saringan di sebuah pusat perub4tan swasta di Cheras.

Aktres berusia 25 tahun itu adalah antara enam tenaga kerja pasukan produksi drama Demi termasuk pengarah, Rahila Ali, yang disahkan positif COV1D-19.

Sebelum ini, produksi drama itu menjalani penggambaran di Inverness, Scotland dan pulang ke tanah air 31 Mac lalu.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: BH ONLINE

Apa komen anda?

Be the first to comment on "COV1D-19 : Puteri Aishah mula raw4tan di hospital"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*