Sumbang Susu Dan Lampin Pakai Buang Bernilai RM50,000, Aaron Aziz Bantu 1,000 Keluarga

Aktor Datuk Aaron Aziz melalui pertubuhan kebajikan yang diasaskan, Journey To Insyirah berjaya menyumbang hampir RM50,000 kepada 1,000 individu dan keluarga yang memerlukan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Memetik laporan Harian Metro, sumbangan tersebut diberikan membabitkan beberapa kawasan di Pahang, Melaka, Johor, Perlis, Kedah, Selangor dan Kuala Lumpur.

“Alhamdulillah, sejak pertubuhan ini beroperasi dua tahun lalu, banyak dana masuk daripada orang perseorangan untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

“Jadi, apabila wabak COVID-19 melanda negara dan PKP dilaksanakan, semakin ramai yang menghantar mesej termasuk kepada isteri saya bagi meminta bantuan. Jadi, dengan sumbangan yang ada kami perlu salurkan.

“Itu semua adalah amanah daripada penyumbang dana. Saya perlu tunaikan. Sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang memerlukan pada masa sekarang,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut pelakon asal Singapura itu lagi, ketika ini sumbangan mereka terarah kepada susu dan lampin pakai buang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Hari ni kami sampaikan amanah kpd kawasan Jerantut Pahang pula Dan standby dalam 100 kotak di rumah utk area KL (20 akan ke Sungai Buloh) Kalau sesiapa nak beri sumbangan Boleh ke IG account @journey_to_insyirah utk bank account details.. Jutaan Terima Kasih kpd semua. #stayhome #sahamakhirat. @diyanahalik #ohALLAHplsforgiveUs

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz) on

“Sebelum ini, banyak sumbangan diberikan berupa barangan keperluan harian. Sekarang, ramai pula minta susu dan lampin pakai buang.

“Selepas ini nak fokus kepada pembelian ubat-ubatan pula. Sebab, ada juga yang mesej memerlukan perkara itu,” jelasnya lagi.

Pertubuhan Journey To Insyirah diasaskan Aaron bersama isteri, Datin Dayana Halik dan seorang lagi rakan mereka, Ustazah Khadijah.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: HM online via HMT press via vaniladaily

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Sumbang Susu Dan Lampin Pakai Buang Bernilai RM50,000, Aaron Aziz Bantu 1,000 Keluarga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*