Video Emma Maembong & suami dalam ‘Mahligai Cinta’ cvri tumpuan ramai

Umum diketahui, pelakon popular dan jelita Emma Maembong telahpun selamat menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihan, Muhammad Shazli bin Dato Azhar.

Pasangan yang semakin mendapat perhatian ini memilih tarikh 20 Februari 2020 menjadi hari bahagia mereka untuk melangkah ke dunia perkahwinan pula selepas berkenalan.

Meskipun sudah hampir 2 bulan bergelar suami dan isteri, pasangan pengantin ini masih mencvri tumpuan peminat dan netizen yang mengikuti Emma Maembong.

Apatah lagi, dia merupakan antara selebriti yang diminati ramai bukan kerana rupa parasnya yang jelita namun bakat lakonannya juga tidak dinafikan sentiasa menjadi pilihan penonton drama tempatan.

Jadi tidak mustahillah mengapa pasangan ini muncul dalam rancangan Mahligai Cinta terbaru semalam di siaran TV3.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#Repost @mahligaicintatv3 ・・・ Jom ikuti mahligai cinta untuk menyaksikan kisah percintaan dan majlis perkahwinan @emma_maembongofficial bersama suami tercinta @shazli.a esok, jam 11:30 pagi hanya di TV3.⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣⁣ Bagi mendapatkan segala info perkahwinan, rumahtangga dan kisah percintaan, anda boleh layari portal kami di www.mahligaicinta.my. Segala yang diperlukan untuk membina mahligai cinta bermula disini. ⁣⁣⁣💐⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣⁣ ⁣⁣⁣⁣ #mahligaicintatv3

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on

Rancangan ini seperti yang semua ketahui ia akan memaparkan persiapan sebelum dan selepas majlis perkahwinan selain dapat memberikan memberikan inspirasi buat pasangan yang sedang merancang untuk perkahwinan mereka yang boleh dijadikan ilham di majlis bahagia bakal pengantin.

Pun begitu, dalam rakaman video Mahligai Cinta Emma Maembong dan suami ini dapat dilihat bahawa mereka ada berkongsikan pertemuan dan kisah mereka sebagai pasangan.

Video Emma Maembong & suami dalam rancangan Mahligai Cinta jadi perhatian

Bukan itu saja, menerusi video berdurasi 22 minit yang dimuat naik menerusi laman YouTube TV3 Malaysia Official ini segala persiapan sebelum dan selepas majlis bahagia mereka juga dikongsikan.

Sumber: Instagram Emma Maembong, YouTube TV3 Malaysia Official 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: HCL

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Video Emma Maembong & suami dalam ‘Mahligai Cinta’ cvri tumpuan ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*