“Kalau cikgu mar4h anak saya, siap!” – Bapa ugvt guru bagi banyak kerja sekolah ketika PKP, buat murid macam robot

SEJAK sekolah ditutup susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu, ramai guru terus berhubung dengan pelajar menerusi sistem pembelajaran atas talian.

Langkah ini dilakukan bagi memastikan anak murid mereka tidak ketinggalan dalam pembelajaran.

Namun tidak semua ibu bapa gembira dengan pelaksanaan sistem pembelajaran dari rumah kerana ia dianggap membebankan anak-anak mereka.

Ini susulan mesej audio bapa seorang kanak-kanak yang tidak berpuas hati dengan kerja sekolah diberikan guru anaknya tular di media sosial.

Berdasarkan mesej audio dalam aplikasi WhatsApp itu, lelaki berkenaan memar4hi guru anak lelakinya kerana did4kwa memberikan kerja sekolah terlamp4u banyak.

“Assalamualaikum cikgu… saya ayah D****. Cikgu ni berapa banyak cikgu nak bagi kerja sekolah. Melamp4u-lamp4u cikgu ni kasi kerja sekolah. Yang cikgu dah kasi minggu lepas dah siap cikgu hantar-hantar lagi. 

Mesej audio berb4ur ugvtan bapa kanak-kanak itu tersebar di media sosial.

“Saya dah tak kasi anak saya buat kerja sekolah lagi. Tapi kalau saya tahu anak saya naik sekolah kalau cikgu mar4h ke cikgu apa-apakan dia, cikgu jaga. Saya tak kira kali ni. Mel4mpau-lamp4u cikgu bagi kerja sekolah, cikgu ingat anak saya robot ke?,” kata lelaki tersebut.

Mesej audio yang dikongsi seorang netizen mengenai tindakan tidak bertanggungjawab seorang bapa mendapat lebih 12,000 ulang kicau dan 7,600 tanda suka.

Rata-rata mengec4m tindakan lelaki tersebut yang dianggap tidak menghormati profesion seorang guru.

 

Tak nak bagi anak buat kerja sekolah satu hallah kan. Rasa nak ‘gelapkan’ masa depan anak sendiri. Tapi bahasa sams3ng… ugvt cikgu tu memang tak boleh ‘brain’. ‘Blacklist’ ja si bapa tu jejak kaki ke sekolah nanti. Aman sikit anak nak belajar.

SHAH.

“Syukurlah mak ayah aku dulu ajar hormat cikgu. Sekarang aku merasa keberkatan ilmu tu. Kes1an anak dia ni, sebagai manusia walau sebersih mana hati cikgu tu pun,lepas dengar gini, tengok muka anak dia nanti tak banyak pun sikit ada rasa melu4t. Kes1an budak tu,” kata Sj.

“Pendidikan awal kanak-kanak datangnya dari rumah. Kalaulah ibu bapanya dah tak betul, jangan ditanya jangan mengadu dan jangan menangis air mata dar4h kenapa anaknya jadi lagi tervk dimasa akan datang,” kata Mohd Fikri.

Memburvkkan lagi keadaan, lelaki tersebut turut mengvgut untuk bertemu guru terbabit di sekolah sekiranya anaknya dimar4hi kerana tidak menyiapkan kerja sekolah diberikan.

Guru kini mengambil inisiatif untuk melakukan pembelajaran dari rumah susulan PKP sehingga 28 April ini.

“Lagi satu cikgu pesan dengan cikgu-cikgu lain jangan nak hantar-hantar kerja sekolah berapa banyak cikgu nak hantar. Ment4ng-ment4ng kerajaan bagi cuti cikgu hantar berl4mbak-l4mbak kerja sekolah.

“Cikgu ingat anak saya ni apa? Tak payah nak duduk diam, ada je kerja sekolah. Lagi satu saya pesan kat cikgu, cikgu pesan dengan cikgu lain, saya dah tak nak suruh anak saya buat kerja sekolah lagi. Tapi naik sekolah kalau cikgu mar4h-mar4h anak saya, cikgu siap,” katanya.

Beberapa netizen turut meluahkan rasa kas1han kepada anak lelaki tersebut disebabkan perbuatan burvk bapanya itu.

“Tak nak bagi anak buat kerja sekolah satu hallah kan. Rasa nak ‘gel4pkan’ masa depan anak sendiri. Tapi bahasa sams3ng… ugvt cikgu tu memang tak boleh ‘brain’. ‘Blacklist’ ja si bapa tu jejak kaki ke sekolah nanti. Aman sikit anak nak belajar,” kata Shah.

“Malunya aku kalau jadi anak dia. Tahap malunya sampai tak boleh nak angkat muka dengan cikgu-cikgu lain. Kekadang anak tak lebih-lebih mak bapak yang 0ver, tak nak kasi anak pinjam handphonelah tu untuk buat homework online,” kata Murni.

Sistem pembelajaran atas talian adalah satu langkah diambil guru-guru untuk memastikan anak murid mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran.

“Ni sebenarnya dia yang malas nak ajar anak dia buat homework. So dimarah cikgu sebab bagi homework. Tak tahan mengajar anak sendiri agaknya. Baru dia sedar anak dia tu tahap mana cerdiknya. Eloklah cikgu tak yah ambil tahulah anak dia tu. Pandailah nanti bapanya mengajar,” kata Miyauyau.  

Pada petang Jumaat, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan sesi persekolahan akan ditangguhkan sehingga negara benar-benar pulih daripada wab4k Cov1d-19.

Susulan itu, beliau meminta Kementerian Pendidikan (KPM) melaksanakan inisiatif pembelajaran dari rumah sepanjang tempoh PKP atau sehingga sekolah dibuka.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Kalau cikgu mar4h anak saya, siap!” – Bapa ugvt guru bagi banyak kerja sekolah ketika PKP, buat murid macam robot"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*