Eira dibvru media Indonesia isu pemuj4an

KUALA LUMPUR: Sekadar beralih arah ke rentak muzik, percubaan penyanyi dan pelakon, Eira Syazira, 36, menyampaikan single berentak Jawa Koplo remix berjudul Kau Yang Ku Sayang menimbulkan isu panas.

Segelintir netizen mempertikaikan konsep muzik video yang dipersembahkan. Menerusi ruangan komen dalam laman YouTube, netizen mendakwa muzik video lagu Kau Yang Ku Sayang seperti melakukan ritual pemuj4an terhadap Ratu Nyai Roro Kidul, kisah lagenda yang cukup popular di negara seberang itu.

Nyata, komen peminat menimbulkan perasaan kurang senang kepada Eira atau nama sebenarnya, Syazira Shuhaimi hingga mem4ksanya memberi penjelasan dalam laman Instagram, baru-baru ini.

Eira berkata, dia terkejut dengan komen yang diterima berhubung muzik video berkenaan.

Mengakui dih4ntui perasaan bimbang, wanita kelahiran Kuala Lumpur itu berkata, dakwaan melakukan ritval pemuj4an bukan perkara main-main kerana ia berkaitan soal akidah.

“Saya tak sangka hingga tahap itu pemikiran netizen mengenai konsep muzik video ini. Saya percaya dakw4an timbul apabila melihat lenggok tari dan baju berwarna hijau yang cukup sinonim dengan penampilan wanita dimaksudkan.

“Selain itu, lokasi pantai juga membuatkan ramai beranggapan saya melakukan ritual berkenaan.

“Konsep muzik video dibuat sejajar dengan genre Jawa Koplo remix yang didendangkan. Bagaimanapun, saya bimbang apabila ada yang menyamakannya dengan upacara pemujaan. Ini sangat sensitif buat saya,” katanya kepada BH Online.

Pelakon filem Ngangkvng dan Aku Bukan Tomboy itu berkata, dia diburu media massa di Indonesia yang mahu mendapatkan penjelasannya berhubung muzik video itu.

“Saya dimaklumkan, ramai wartawan mencari wakil syarikat pengurusan mempersoalkan isu ini. Saya berharap ia tidak menjadi isu besar kerana ia hanya sebuah tarian dan tiada kena mengena dengan ritual seperti didakwa.

“Dari konsep, tatarias dan pakaian, semuanya disediakan pihak produksi. Saya hanya mengikut arahan sahaja,” kata ibu kepada tiga cahaya mata itu.

Walaupun dih4mbat kontr0versi, namun Eira bersyukur kerana lagu Kau Yang Ku Sayang mendapat respon yang baik daripada peminat.

“Saya percaya peminat sudah lama menantikan saya membuat perubahan dari segi genre muzik.

“Sebelum ini, saya lebih selesa mendendangkan lagu bergenre pop dan balada. Namun, saya memberanikan mencuba muzik yang mempunyai ramai pengikut desakan peminat dan syarikat rakaman yang mahukan perubahan.

“Sebenarnya sudah ramai peminat menyuarakan pandangan supaya saya membawakan lagu bergenre Jawa Koplo remix ini. Genre ini amat popular di Indonesia,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: BH

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Eira dibvru media Indonesia isu pemuj4an"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*