Drama Band buat hal lagi, kali ini lancar lagu s1ndir ‘kluster kayangan’ “Teguran untuk mereka yang tiada adab!”

Drama Band menggunakan lagu Kayangan untuk menegur sikap golongan kluster kayangan.

GOLONGAN kluster kayangan kini menjadi perbualan hangat netizen di laman sosial selepas petugas barisan hadapan berkongsi pengalaman terpaksa berhadapan dengan rungvtan ‘demand’ mereka.

Berikutan itu, kumpulan yang terkenal dengan lagu sindiran iaitu Drama Band tampil dengan lagu berjudul Kayangan yang sememangnya ditujukan khas untuk golongan tersebut.

Menurut vokalis Drama Band, Aepul Roza, dia sudah bersedia sekiranya lagu itu menerima kec4man net1zen namun baginya ia sekadar untuk menyuarakan pendapat mereka.

Lagu Kayangan yang dilancarkan pada Selasa kini mendapat lebih 19,000 tontonan.

“Sebenarnya saya dah bersedia jika ada pihak yang kecam sebab keluarkan lagi lagu berb4ur s1ndiran. Bagi saya, sampai bila nak hidup dalam ‘t4kut’ untuk menyuarakan apa dalam hati kita?

“Alhamdulillah, buat masa sekarang ini saya lihat lagu ini dapat diterima pendengar dan rata-ratanya setuju dengan lirik dalam lagu tersebut.

“Saya buat keputusan untuk memulakannya agar mungkin ada orang lain yang dapat jadikan ini contoh untuk menyuarakan pendapat mereka,” katanya kepada mStar.

Lagu tersebut telah mula dilancarkan di saluran YouTube pada Selasa dan sehingga kini mendapat hampir 20,000 tontonan.

 

Idea untuk cipta lagu ini selepas melihat tweet fronliners yang mengadu mengenai kluster itu.

AEPUL ROZA

VOKALIS DRAMA BAND

Dalam pada itu, Aepul memberitahu idea lagu itu mula tercetus selepas melihat perkongsian petugas kesihatan mengenai sikap bvruk golongan kluster kayangan di Twitter.

“Idea untuk cipta lagu ini selepas melihat tweet fronliners yang mengadu mengenai kluster itu. Ada yang kur4ng adab sampai mengh1na mereka. Jadi, lagu ini hanya tegvran untuk mereka,” ujarnya.

Kebelakangan ini kita kerap kali disajikan dengan kisah perkongsian petugas di barisan hadapan yang menghadapi pelbagai rag4m dan karenah golongan yang digelar kluster kayangan iaitu segelintir rakyat Malaysia yang pulang daripada luar negara semasa wab4k Cov1d-19.

Bukan setakat itu, malah lebih tervk apabila ada segelintir daripada golongan itu yang tergam4k mengeluarkan kata-kata kes4t kepada petugas sewaktu proses pengambilan sampel dijalankan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MSTAR

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Drama Band buat hal lagi, kali ini lancar lagu s1ndir ‘kluster kayangan’ “Teguran untuk mereka yang tiada adab!”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*