“I Baru Nak Kahwin,” – Neelofa ‘Terpaksa’ Batal Majlis? Ini Sebab Kenapa Neelofa Batalkan Majlis

Menjadi salah seorang tetamu menerusi segmen Johara Pagi Era baru-baru ini, Neelofa ada berkongsi cerita mengenai kehidupannya pada fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini sudah memasuki minggu ketiga penguatkuasaan.

Di samping itu, bekas pengacara rancangan MeleTOP antara lain turut berkongsi mengenai perancangan terkininya dalam melebarkan sayap seni di Indonesia.

Bagaimanapun, hal tersebut terpaksa ditunda ke tarikh lain atas situasi terkini yang melanda ketika ini.

“Sepatutnya bulan ini sudah mulai penggambaran filem, projek pertama saya.

“Selepas itu, rasanya ia tak akan terjadi dalam masa terdekat,” jelasnya.

Paling mencvri tumpuan, segmen yang dikenalikan Ray dan Haniff itu sempat bercerita mengenai majlis kahwin dan ia turut disambut usahawan asal Kelantan itu.

“Kan diaorang suruh c4ncel semua wedding semua event, i baru nak kahwin,” seloroh Neelofa selepas ditanya sama ada mahu kahwin atau sebaliknya.

“Neelofa @neelofa kata baru nak kahwin tapi kena cancel plan dia sebab #Cov1d19. Cantik Neelofa walaupun #dudukrumah, siap bersiap lagi nak video call dengan #JoHaRa.

“Korang tengok part last Johan cakap Itali tu, pecah wei #sharERA #kekaltenang #hapvsCov1d19,” tulis admin pada kapsyen IG TV yang dilampirkan pula.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Neelofa @neelofa kata baru nak kahwin tapi kena cancel plan dia sebab #Covid19. Cantik Neelofa walaupun #dudukrumah, siap bersiap lagi nak video call dengan #JoHaRa. Korang tengok part last Johan cakap Itali tu, pecah wei 😂 #sharERA #kekaltenang #hapusCovid19

A post shared by ERA – Muzik Hit Terbaik (@era.je) on

Pada masa sama, Neelofa turut merakamkan rasa teruja apabila program ‘Live IG’ kendaliannya, #BerseoranganBersama bakal disertai seorang pereka fesyen ternama dunia untuk berkongsi situasi serta perkembangan fesyen semasa tidak lama lagi.

Video: Instagram Era.je

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MH

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“I Baru Nak Kahwin,” – Neelofa ‘Terpaksa’ Batal Majlis? Ini Sebab Kenapa Neelofa Batalkan Majlis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*