Syifa Melvin kongsi pengorbanan beli kereta idamannya

Pelakon, Syifa Melvin menerusi laman Instagram berkongsi kisah perjalanannya dalam membeli aset dan kereta idaman kepada peminat dan pengikut dimana dia juga akui perkara berkenaan tidak mudah.

Walau bagaimanapun, setiap usaha pasti ada hasilnya, begitu jugalah buat pelakon drama Sis Cuba ini. Dalam perkongsian Syifa Melvin dilaman sosial peribadinya, dia turut berkongsi sekeping foto bersama sebuah kereta.

Katanya, dia bukanlah baru mengidam kereta berkenaan namun dari 2017 sudah berhubung dengan salesman bertanya mengenai cara untuk memiliki kereta idamannya ini.

“Bukan baru mengidam kereta sexy ni, sebenarnya dari 2017 mesej call salesman tanya pasal nak buat loan beli kereta idaman ni, tapi selalu dapat feedback sedih sebab freelancer macam kami mana boleh buat loan beli kereta/rumah…

“At least bayar tax dan set up company acc untuk apply kan. Tapi sebenarnya masa tanya nak beli kereta ni sebenarnya tak mampu pun lagi bulan2 nak bayar 1k plus..

“Saja nak cabar diri (perangai pelik aku) supaya kena workhard to pay debts… impian tu terkubur sekali lagi, tahun 2018 langsung xfikir dah pasal ni sebab duit masuk ada naik turun…”

Ujarnya menceritakan perjalanannya yang tidak mudah untuk memiliki sebuah kereta apatah lagi ketika itu katanya jika ada ‘review’ untuk dilakukan maka ada duit.

Pun begitu, pada tahun 2019 dirinya tekad untuk membeli kereta ini ketika berusia 25 tahun iaitu pada tahun lalu. Ini kongsinya panjang menerusi Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#KekasihInspirasi, my confession harini Syifa nak cerita sikit perjalanan Syifa beli aset dan kereta idaman Syifa ni.. Bukan baru mengidam kereta Sexy ni,sebenarnya dari 2017 mesej call salesman tanya psal nk buat loan beli kereta idaman ni,tapi selalu dapat feedback sedih sebab freelancer macam kami mana boleh buat loan beli Kereta/Rumah.. At least bayar Tax dan set up company acc utk apply kan,. Tapi sebenarnya masa tanya nak beli kereta ni sebenarnya tak mampu pun lagi bulan2 nak bayar 1k plus.. Saja nak cabar diri (perangai pelik aku) supaya kena workhard to pay debts.. impian tu terkubur sekali lagi,tahun 2018 lansung xfikir dah pasal ni sebab duit masuk ada naik turun,ada review ada duit takde review takde duit.. Tapi orang judge kita dgn apa yg depa nampak,depa taktau struggle kita.. anyway…. . . . .Namun 2019 aku tekad nak beli jugak Kereta ni,masa ni umur 25 which is Tahun Lepas lah.. Dalam bulan 4 apply loan 3 bank rejected sebab duit dlm statement semua dikira allowance sbb takde proof aku bekerja,standart la bank is doing their things,tapi bejumpa dengan salesman Toyota ni yg menolong Syifa sampai Syifa dapat kereta idaman syifa dgn menggunakan Toyota Loan even interest tinggi sikit but its okay.. June tahun lepas 1st June Kereta Syifa dah smpai,Dapat letak my Number 131.. Kereta sampai 3hari dah baru Syifa boleh g amek sbb kereta dekat Taiping,Balik Raya baru g amek dgn my bestie @jajatalib actually kteorg achieved this goal sama-sama,dari salesman yg sama..Alhamdulillah,tahun lepas June i dapat my dreamy car and also dapat sesuatu yg best jadi dlm hidup Syifa.. . . . .Even CHR ni ada 2type 2018 and 2019 .. I picked the 2019 one sbb lagi rugged,sepanjang pengorbanan nak beli kereta ni banyak pahit manis,bertahun tahan nafsu nak achieved goal ni,dan selalu bagitau kawan2 Syifa kalau nampak kereta ni atas jalan “tu kereta aku” tanya dorang,EVERYTIME! Tulah orang cakap,kata-kata tu adalah satu Doa.. Rezeki usia Kekasih baru sebulan masa tu,Syifa keluar kereta ni tanpa berharap utk guna duit biz bayar kereta,malah Syifa nk cabar diri ada ke takde Aku tetap kena bayar,apa yg kena buat? EXTRA WORK!

A post shared by Put Allah SWT First (@syifamelvin) on

Meskipun pengorbanan dilakukan itu tidak mudah namun dia tetap berkata yang baik-baik dan apa yang perlu dilakukan adalah kerja keras.

Dalam pada masa yang sama, di ruangan komen rata-rata mengucapkan tahniah buatnya yang membuktikan dia mampu selain ada yang turut berkongsi kisah yang sama sepertinya.

Reaksi ramai

 

 

Sumber: Instagram Syifa Melvin

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 

Sumber: HCL

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Syifa Melvin kongsi pengorbanan beli kereta idamannya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*